Kaknab mancing ikan dI kolam dapat ikan ni. Tak berapa besar panjang dalam 5 inci saja. Kata suami rupa macam ikan baung. Kata pula kawan yang selalu datang sembang tepi kolam ikan ni spesis kecik. Besar tu saja saiznya. Keturunan baung tapi lebih sedap dari baung. Lupa dah ikan apa entah dia sebut.
Kaknab bawa balik nak rasa. Banyak Kali dapat tapi selalu lepas balik.
saja je buka blog ni, nak update semua activiti keluarga iaitu memancing.
Friday, January 30, 2015
Sunday, January 18, 2015
teknik pancing tilapia
Jom kaknab cerita teknik kaknab pancing tilapia.
Kaknab selalu pancing menggunakan pelampung. Kadang2 saja pancing dasar. Mancing guna pelampung banyak kelebihannya. Perambut memang guarantee tak sangkut dengan Sampah Sarap kat dasar kolam, sebab ia tergantung, tak mencecah dasar kolam. Perambut tak duduk di satu tempat, pelampung akan hanyut mengikut arus air, walaupun mancing kolam is berarus juga kerana angin bertiup.
Bila pelampung hanyut ini membolehkan umpan dirembat tilapia. Kalau dasar kena tunggu, nasib lah kalau ada ikan banyak ditempat perambut yang landing kalau tak ada ikan situ membangau lah jawabnya.
Tetapi kalau pakai pelampung, kalau ada angin tali mainline akan hanyut jadi macam curve jadi kena karau sikit2. Tang ni kena rajin. Kalau tak nanti tali sangkut kat pokok2 kat tepi kolam.
Macam mana pula nak buat supaya pelampung berat, boleh baling jauh tapi masih terapung. Kena lah pasang batu dIbawah pelampung.
Yang best guna pelampung masa ikan makan dan bawa lari pelampung akan terhenjut dan kalau tilapia 250 gm keatas pelampung akan tenggelam.
Semua pelampung mc gyver kat rumah yang modified that is my hubby. Pelampung tu kami beli kat pantai remis. Kira kilo. Murah harga dalam 20 sen sebiji.
Kaknab selalu pancing menggunakan pelampung. Kadang2 saja pancing dasar. Mancing guna pelampung banyak kelebihannya. Perambut memang guarantee tak sangkut dengan Sampah Sarap kat dasar kolam, sebab ia tergantung, tak mencecah dasar kolam. Perambut tak duduk di satu tempat, pelampung akan hanyut mengikut arus air, walaupun mancing kolam is berarus juga kerana angin bertiup.
Bila pelampung hanyut ini membolehkan umpan dirembat tilapia. Kalau dasar kena tunggu, nasib lah kalau ada ikan banyak ditempat perambut yang landing kalau tak ada ikan situ membangau lah jawabnya.
Tetapi kalau pakai pelampung, kalau ada angin tali mainline akan hanyut jadi macam curve jadi kena karau sikit2. Tang ni kena rajin. Kalau tak nanti tali sangkut kat pokok2 kat tepi kolam.
Macam mana pula nak buat supaya pelampung berat, boleh baling jauh tapi masih terapung. Kena lah pasang batu dIbawah pelampung.
Yang best guna pelampung masa ikan makan dan bawa lari pelampung akan terhenjut dan kalau tilapia 250 gm keatas pelampung akan tenggelam.
![]() |
| Yan ni boleh di adjust panjang pendek perambut |
![]() |
| Yang ni tak boleh di adjust |
![]() |
| Macam ni lah di dalam air |
![]() |
| Ikan yang dapat guna teknik pelampung |
Wednesday, January 14, 2015
calendar melayu untuk lihat air besar Dan air mati
![]() |
| Click gambar untuk view lebih jelas |
Ini ialah kaknab copy and paste dari blog. Terima kasih kepada tuan punya kerana kongsi info.
Air mati berlaku dua kali dalam sebulan bulan melayu. Begitu juga dgn air besar. Air mati terjadi pd setiap suku bulan pertama setiap bulan; iaitu 7,8,9,10,&11 hb setiap bulan Hijrah & pada suku akhir bulan, ia itu 20,21,22,23&24 hb. Pada tarikh2 tersebut kita akan mendapati sifat2 air mati.
Air besar pula mempunyai sifat2 yg bertentangan dgn air mati. Perbezaan pasang surut sangat tinggi diantara empat ke enam meter. Arus sangat laju, air keruh berhampiran pantai pada masa air pasang & ombak sangat kuat terutama bila angin bertiup dr arah laut. Air besar berlaku pd akhir & awal bulan. Tempuh pertama ketika bulan penuh pada pertengahan bulan. Tarikhnya ialah 25,26,27,28,29,1,2,3,4,5&6 hb Hijrah. Tarikh kedua pula ialah 12,13,14,15,16,17,18&19 hb. Berdasarkan drpd keadaan air besar ini, amat sukar bagi kita utk memancing. Arus sangat laju & kita terpaksa menggunakan batu pemberat yg besar dan sukar pula utk melabuh sampan. Ombak besar bolih membahayakan kita. Air besar, ikan tidak dapat bergerak bebas. Lubuk2 yg dapat dipancing juga terbatas.
Tuesday, December 16, 2014
ikan tilapia lagi
Jom kaknab update mancing kat kolam bandat perdana sungai petani.
Boleh kata tiap2 hari kalau tak hujan. Hasilnya cukup memberangsangkan.
Boleh kata memang best kebelakangan ni.
Ikan yang besar dalam 250 gm ke atas baru ambik, yang kecil less than 250 gms RnR je.

| Besar juga goreng pun sodap |
![]() |
| Suami pakai 3 rods |
Wednesday, November 26, 2014
mancing penang lagi dapat ikan baji
Hari ni pi lagi mancing kat sungai pinang. Tapi hari ni hampih saja. Dari air tengah surut hingga air naik pasang ikan tak makan langsung.
Kaknab saja yang dapat sekor ikan baji, 300 gm, suami tak dapat apa.
Berpanas terik kami hari ni macam nak cair otak. Dalam pukul 2 dari panas terik bertukar mendung.
Tengok cuaca gelap je kami pun perderas balik. Memang basah lokoih on the way atas highway sebab hujan Lebat

| Panas sampai nampak bayang kaknab masa snap gambar ni |
![]() |
| Ikan baji |
![]() |
| Terus masak kari sedap ikan baji |
Monday, November 24, 2014
mancing di pantai sungai pinang, penang
![]() |
| Sampai awai, tunggu anak |
Dulu tempat ni pantai landai dengan selut saja, la ni depa dah tambun laut. Buat cantik bukan main tempat orang joging dan beraidah memang cantik.
Start mancing pukul 9 pagi sampai pukul 12.00 sebab panas balik awal. Situ tak ada shade. Kedai makan pun banyak kat situ. McDonald pun dekat. Starbuck coffee pun depan tu juga.
Suami dapat anak malong, anak dapat ikan baji dengan anak nyok nyok. Knab tak berapa mancing sebab baru 12 hari operate mata cataract tak berani nak pulun baling rod.
![]() |
| Port yang cantik. Tu anak knab yang duduk |
Thursday, October 16, 2014
october bukan musim udang galah
kaknab balik muar, 2-3 hari minggu ini, tujuan ingin memancing udang galah, tapi rupanya oktober bukan musim udang galah menggasak. port memancing kat jeti bakar batu, memang tak ada orang langsung memancing, namun kaknab masih luangkan masa tiap tiap hari pi juga memancing mana lah tahu kalau nasib baik boleh rasa gup gup tarikan sepit biru.
namun hampa, so far hanya dapat sekor saja. Suami kaknab hari2 gelak kat kaknab, ada ke tak ada ke, masih mahu memancing juga. sekarang baru kaknab tahu walaupun air cantik, tidak masin namun udang galah memang bukan musimnya bulan oktober. kena ingat selalu.
Esok dah nak balik spetani selepas ambik anak di pekan pahang, jadi tak dapatlah kaknab memancing walaupun tak ada udang. memang pemancing tegar kaknab ni,

| sekor ni saja dapat dalam masa 4 hari |
![]() |
| pemancing tegar |
![]() |
| ada ke tak ada udang ke, janji rod dalam air. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

.gif)