SELAMAT DATANG

Photobucket
Showing posts with label activity memancing. Show all posts
Showing posts with label activity memancing. Show all posts

Thursday, October 5, 2017

cuba nasib belakang mesjid muar

Balik muo kali ni tak berapa enjoy fishing.  Dah 3 kali pi belakang mesjid tapi tak dapat ikan.  Mungkin air mati,  dan air muara tawar.  Dekat jeti bakar batu ramai sangat orang mancing udang galah  walaupun udang galah tak lah berapa banyak  tapi sebab yang post kat facebook  ramai yang turun mancing udang galah.  So tak ada ruang kosong nak letak rod kita
 Jadi pi juga la kat belakang mesjid muar. Ikan tak dapat kita selfie ja la hehe









Tuesday, November 22, 2016

update memancing di sungai muar

Kali ni balik muar memancing tak begitu menarik, tak berapa ada ikan sejak fenomena air pasang besar.
Air pasang sampai melimpah, ikan tidak galak makan ke atau ikan xdak dalam sungai, pi makan angin kut.

Air nak naik pasang. Tak ada ikan, tunggu pula air nak surut. Pun tak makan juga.  Kali ni kak nab dan suami
Tak berapa enjoy, balik muar 3 minggu saja.

Langut tengok joran kut kut malim sentap umpan. Ni mancing malim 20/11/16. Air mati

Tak ada ikan selfie je la



Tuesday, November 8, 2016

air mati mancing malim

Hari ni mancing air mati, memburu malim tidak sia sia, suami kak nab yh dpt semua, sebab baling jauh nun tengah sungai, kaknab baling dekat xdapat malim.

Air mati memang naik pasang slow, surut pun slow, barangkali malim suka air yang tak berarus, suami balik muo pun semata nak memancing malim.

Malim galak makan ketika air menuju surut,  masa ni kena pulun mancing

Suami dapat 6 ekor malim, dua ekor guemang, 4 gelama, sekor serkut sepupu gerut gerut.





memancing belakang mesjid Muo


Monday, September 26, 2016

masih di sabak awor

Dah 10 hari kaknab dan suami disabak awor, Muar. Taklah rasa boring sangat sebab hari2 kami pi memancing, setiap kali mememancing ada saja ikan yang dapat, gelama, duri berbagai specied termasuk duri malim.

Hari ini selepas subuh saja kaknab dan suami dah sampai di sungai, keadaan nasih gelap, jadi knab cuma mengguna satu rod saja. Sebab gelap knab kena pegang rod kalau letak dibawah tak nampak kalau ikan tarik, kalau pegang, knab boleh rasa getuan ikan gup gup. Ni yg best sekali.

Air menuju surut tapi dalam keadaan perlahan. Sedikit demi sedikit keadaan menjadi cerah, walaupun tiada ada matahari terbit kerana agak mendung macam nak hujan.

Ya memang hujan pun, tapi kaknab dan suami tak berganjak. Suami mengharapkan duri malim, kaknab tak kisah sangat ikan apa pun yang dapat janji gup gup ditarik ikan.

Hasil pancingan pagi ini
2 ekor duri malim, 3 ekor duri biasa,
12 ekor gelama berbagai size



Thursday, May 12, 2016

mancing sungai muar

jum update gambar kaknab mancing dapat ikan untuk kenang kenangan











I

Tuesday, April 19, 2016

minggu sudah balik muar, dapat mancing di sungai muar, tapi la ni dah tak ada udang galah kat sungai muar (sabak awor).  walapun tak ada udang orang sentiasa ada kat jeti bakar batu.
tak ada udang pun orang ramai juga mancing sebab musim ikan gelama, sembilang, duri, kira tak hampeh lah janji ada tarik. kaknab pun tak ketinggalan.




Friday, October 30, 2009

kalaulah boleh memancing kat sini

kelmarin pi tanjung tokong, masa nak balik naik ferry, ambik gambaq ni, dekat pengkalan ferry. kalau lah boleh mancing kat sini bestnya.

Saturday, October 24, 2009

memancing lagi hari ni 24/10/09

hari ni pi lagi kat tanjung piandang dengan husband, tapi pi lambat, lepas zohor baru pi, sampai sana pukul 3.00 ptg beli udang kat pekan sg baru, udang fresh, harap harap ada rezeki, kenapa xade ramai orang memancing hari ni, sampai saja terus baling rod, tunggu punya tunggu, hampeh, lama juga nak dapat sekor gelama pun, patut lah xade orang memancing, persatuan ikan berpakat lagi jangan makan umpan w/pun udang fresh, yang dapat cuma gelama saja, itu pun husband potong buat umpan, kut kut dapat ikan besar, xade juga, seperti biasa kaknab ambik gambar pemandangan tanjung piandang , kebetulan dah dekat petang dalam pukul 6.30 gitu sampai lah 2 biji produa radio era kat situ, jom kita tengok gambar








Saturday, October 10, 2009

DAH MULA MEMANCING

hari ni dah mula memancing, pagi pagi pukul 10.00 dah bertolak dari rumah ke Tanjung Piandang, kaknab dengan husband saja pi, anak anak xmau ikut, sebab memancing siang panas lit lit. (ini orang utara kata) bagi kaknab xkisahlah panas janji dapat baling rod hihihihi.
banyak ni lah ikan yang kaknab denganhusband dapat. banyak ikan gelama tengkerong.








ni ialah ikan pertama yang kaknab dapat, ikan gelama tengkerong, besar juga. pemanas semangat ni.

Sunday, September 6, 2009

mancing kat ban pecah


hari sabtu pi memancing kat ban pecah tanjung piandang, memang best tempat tu, port memancing yang strategic. kami sampai pukul 3.00 petang saja nak pi survey tengok tempat tu elok x memancing, fulamak, memang best, tapi umpan xdak, so pusing pusing kat pekan apa entah main redah, dapatlah beli udang sekilo punyalah fresh pula udang tu.sambil beli makanan untuk berbuka. bila dah dapat umpan patah balik tepi laut, apa lagi start memancing lah, baling saja rod, xsampai lima minit kaknab dah dapat gelama, diikuti dengan suami pun dapat gelama, ni bertambah semangatlah. yang paling best bila suami kaknab dapat tarik ikan kerapu besar, yang kesian sekali kaknab dapat ikan ketuka, adik beradik ikan pari lah tapi ketuka species kecik, dah masuk dalam timba dia terberanak pula, sian dia, agaknya dah sarat masa dah kelupor nak lepas dari mata kail terus terberanak, so anak kaknab ambik anak dia masuk semua ke dalam laut, supaya dapat hidup. nilah pengalaman yang xdapat dilupakan. kira hari tu luck memancing kaknab okay lah, kaknab dapat gelama 3 ekor, pari, senangin sekor. suami kaknab memang pehanyir, dia lah yang paling banyak dapat kalau pi memancing di mana pun, tapi anak kaknab yang sulung jojo sekor pun xdapat, xade luck dia hari tu. yang bongsu pula dapatlah sekor ikan duri minyak. balik saja rumah terus siang dan masak kari. malam ni sahur makan gulai ikan kerapa, senanginlah. memang best

kaknab cuti menjahit lah sekerat hari, xlarat dok tekan kaki kat mesin pi baling rod lah pula hehehehe