SELAMAT DATANG

Photobucket

Wednesday, April 12, 2017

cara hilangkan bau ikan keli

Ikan keli kalau masak memang sedap. Ramai orang tidak suka kerana bau tanah dan hanyir pada isi ikan keli ini.

Kalau mancing dapat ikan keli kaknab akan kurung dulu salin airnya kerap, dari ait yang keruh akan jernih. Ikan keli kalau kurung dulu dia akan keluarkan segala apa yang dia makan,
Apabila badan dia dah bersih air yang kita tukar akan kekal jernih baru kita siang untuk masak

Masa menyiang, buangkan ketulan darah yang terdapat dekat kiri kanan durinya. Macam telinga dia la tu.
Bila dah kisar dengan garam dan asam serta daun serai yang dipotong2, kaknab akan perap dengan tepung gandum serta sedikit sirih kapor. Selama sejam. Kemudian bilas .

Kaknab suka ambil isinya saja  unyuk buat fish and chips. Isi keli yang lembit dan tidak berbau lagi memang sedap

ikan kenyeng

Ini ialah ikan kenyeng. Suami dapat masa mancing di kolam tadahan banjir. Ikan kenyeng memang sama macam ikan baung, tapi kenyeng species kecil.






Tuesday, April 11, 2017

keli

Lama kaknab tak mancing keli, hari ni mancing tempat biasa dapat 4 ekor besar2 juga hampir sekilo tiap2 sekor.
Suami pun dapat sekor, jadi 5 ekor semua, jenuh nak makan kaknab sorang saja yang makan keli. Tak apa, kurung dulu nanti bagi jiran yang lalu makan ikan keli. Jiran india kat belakang rumah tentu suka kalau bagi kat depa.





Tuesday, November 22, 2016

update memancing di sungai muar

Kali ni balik muar memancing tak begitu menarik, tak berapa ada ikan sejak fenomena air pasang besar.
Air pasang sampai melimpah, ikan tidak galak makan ke atau ikan xdak dalam sungai, pi makan angin kut.

Air nak naik pasang. Tak ada ikan, tunggu pula air nak surut. Pun tak makan juga.  Kali ni kak nab dan suami
Tak berapa enjoy, balik muar 3 minggu saja.

Langut tengok joran kut kut malim sentap umpan. Ni mancing malim 20/11/16. Air mati

Tak ada ikan selfie je la



Saturday, November 19, 2016

ikan gelama - croaky fish

Ikan gelama adalah ikan wajib yg mesti dapat tiap kali mancing di laut atau muara. Ia ada bermacam2 species mengikut panggilan tempat masing2
Gelama bongkok, gelama gigi, gelama tirus, gelama tengkerong, gelama papan, gelama emas, gelama hitam, gelama entah apa apa lagi hehe.
Banyak sangat. Apa pun orang panggil tak kisah lah janji dapat sebab kalau dia makan umpam dia sentap tu yang best.

Ini gelama tengkerong,  memancing
 kat ban pecah tanjung piandang

Ini dipanggil gelama bongkok
Sebab badannya sedikit bongkok
Besar gelama ni, dapat masa
Mancing kat sungai sabak awor

Ini pula gelama tirus kerana
Badannya tirus ke bawah,
Besar juga ni, balik masak
Asam pedas memang sedap
Isinya yg lembut dan manis

Ni knab panggil gelama sirip kuning
Suka hati je boh nama tgk sirip kolor kuning
Hehe

Tuesday, November 8, 2016

air mati mancing malim

Hari ni mancing air mati, memburu malim tidak sia sia, suami kak nab yh dpt semua, sebab baling jauh nun tengah sungai, kaknab baling dekat xdapat malim.

Air mati memang naik pasang slow, surut pun slow, barangkali malim suka air yang tak berarus, suami balik muo pun semata nak memancing malim.

Malim galak makan ketika air menuju surut,  masa ni kena pulun mancing

Suami dapat 6 ekor malim, dua ekor guemang, 4 gelama, sekor serkut sepupu gerut gerut.





memancing belakang mesjid Muo