SELAMAT DATANG

Photobucket

Friday, October 30, 2009

kalaulah boleh memancing kat sini

kelmarin pi tanjung tokong, masa nak balik naik ferry, ambik gambaq ni, dekat pengkalan ferry. kalau lah boleh mancing kat sini bestnya.

Saturday, October 24, 2009

memancing lagi hari ni 24/10/09

hari ni pi lagi kat tanjung piandang dengan husband, tapi pi lambat, lepas zohor baru pi, sampai sana pukul 3.00 ptg beli udang kat pekan sg baru, udang fresh, harap harap ada rezeki, kenapa xade ramai orang memancing hari ni, sampai saja terus baling rod, tunggu punya tunggu, hampeh, lama juga nak dapat sekor gelama pun, patut lah xade orang memancing, persatuan ikan berpakat lagi jangan makan umpan w/pun udang fresh, yang dapat cuma gelama saja, itu pun husband potong buat umpan, kut kut dapat ikan besar, xade juga, seperti biasa kaknab ambik gambar pemandangan tanjung piandang , kebetulan dah dekat petang dalam pukul 6.30 gitu sampai lah 2 biji produa radio era kat situ, jom kita tengok gambar








Sunday, October 18, 2009

huhuhu tak dapat ikan pun

Hari Sabtu kelmarin pi memancing kat ban pecah, tempat selalu memancing, sampai pukul 9.00 pagi, apa lagi bubuh umpan baling rod, sampai pukul 12 sekor ikan pun xdapat, dari air surut sampai air naik pasang, husband dapat sekor gelama, dia potong buat umpan, harap harap dapatlah ikan besar, malang juga, kemudian pindah port, kut kut tempat lain ada rezek. sama juga hampeh, air naik penuh, kata husband tunggu lagi maybe air nak surut ikan makan umpan. tungulah, air pun perlahan perlahan surut, hingga air surut maximum, kaknab dapatlah sekor anak gelama, nasib dia baik kaknab lepas. pukul 5.00 ptg kami pun balik, bukan kami saja xdapat ikan yang lain ramai lagi xdapt ikan entah kenapa hari tu ikan posa, persatuan ikan dilaut mogok xnak makan umpan. hari ahad akan ada pertandingan memancing kat ban pecah,datuk najib akan datang meresminya, kalau keadaan macam kelmarin juga, penat baling rod lah nampaknya

Saturday, October 10, 2009

DAH MULA MEMANCING

hari ni dah mula memancing, pagi pagi pukul 10.00 dah bertolak dari rumah ke Tanjung Piandang, kaknab dengan husband saja pi, anak anak xmau ikut, sebab memancing siang panas lit lit. (ini orang utara kata) bagi kaknab xkisahlah panas janji dapat baling rod hihihihi.
banyak ni lah ikan yang kaknab denganhusband dapat. banyak ikan gelama tengkerong.








ni ialah ikan pertama yang kaknab dapat, ikan gelama tengkerong, besar juga. pemanas semangat ni.

Saturday, October 3, 2009

Musim ribut dan tsunami

sekarang musim ribut dan tsunami di persisiran pantai, gempa bumi di indonesia dijangka akan berlaku lagi, besar kemungkinan akan berlaku tsunami, malaysia tidak ketinggalan akan menerima tempias sama, so activity memancing bercuti untuk sementara waktu. Kita takut juga kalau tengah memancing tiba tiba ombak besar
datang mana nak lari, Kita tidak tahu bila akan berlaku, so elak dari pergi memancing.
hati ini memang berkobar kobar nak memancing tapi keadaan cuaca xmengizinkan. nostalgia tsunami 26/12/2004 takut berulang lagi. cerita pasal tsunami 26/12/2004,
kaknab dan keluaga ada pi berkelah pada 25/12/2004 di pantai batu feringgi, sehari sebelum belakunya tsunami, mula mula memang plan nak pi hari ahad 26/12/04, tapi anak kaknab herda, yang masa tu belajar kat metric changlun, kebetulan balik bercuti hari sabtu, kita cakap kat dia nak pi bekelah esok ahad, dia kata mana aci, pi berkelah, dia xboleh pi, sebab dia kena balik changlun, ahad, memang ada kelas, dia minta pi lah hari sabtu, ahad nanti dia balik lah ke changlun, siap minta kaknab telephone pensyarah dia xboleh balik ada hal. so kami pun tukar plan pi lah berkelah hari sabtu 25/12/04, siap pasang khemah tepi laut, satu hari suntuk di pantai, bukan kami anak beranak saja yang pi siap bawa anak2 jiran lagi. tau tau keesokkan hari nya, iaitu hari ahad 26/12/04 terjadi tsunami kat pantai pulau pinang, nasib baik kami semua xpi hari ahad, kalau tidak habislah semua jadi aruah, ini kerna anak kaknab herda minta tukar hari sebab dia nak join sama. itulah orang kata berpantang ajal sebelum maut (betul ke peibahasa ini, lupa dah), hanya Allah yang menentukan segalanya.

Friday, October 2, 2009

titi salwa telok kumbar

kat titi ni lah kaknab selalu pi memancing, dapat sembilang, gelama, duri. tempat ni memang selesa nak memancing, xada batu, kail dan ladong memang xsangkut punya, penat penat memancing boleh pula berbaring dan berehat.

Tuesday, September 15, 2009

cuti memancing

dah dekat nak raya, sibuk pulun mejahit, tinggal xbanyak lagi, baju melayu orang tempah ada lagi sepasang je, so nak pulun baju anak2 pula, nak buat kueh pun xsempat lagi, baru buat 3 jenis je, dalam tu ada masa pula nak celoteh kat blog ni, bukan apa dok tekan mesin jahit naik boring pula, so masuk sat sat blog ni hilang lah boring. suami kaknab pula, dah xpi memancing luang kan masa buat perambut yang dah banyak habis sebab sangkut, mestilah cepat habis sekali baling rod 5, sebab yang pi memancing tu 5 orang, kaknab, suami dan 3 orang anak lagi. mau xhabis cepat perambut tu, yang lain tau pakai je, nak buat perambut xtau, so semua abah yang buat, terre dia, hehehe.
sib baik dia pandai buat kalau nak beli jenoh juga.

Sunday, September 6, 2009

ikan yang dipancing nak masak kari



kerapu, ketuka, senangin dan duri. cukup lah untuk bersahur malam ni

At last I have been there


At last I have been there with my family, It's so beautiful place. Thank you to Jijah's legend who showed these beautiful scenery in her fotopages

memancing kat ban pecah tanjung piandang

tarik tarik tarik bang kerapu

Pari dah sarat mengandung


nilah ikan pari yang dah sarat mengandung, termakan mata pancing, sampai terberanak kat dalam timba. sian

mancing kat ban pecah


hari sabtu pi memancing kat ban pecah tanjung piandang, memang best tempat tu, port memancing yang strategic. kami sampai pukul 3.00 petang saja nak pi survey tengok tempat tu elok x memancing, fulamak, memang best, tapi umpan xdak, so pusing pusing kat pekan apa entah main redah, dapatlah beli udang sekilo punyalah fresh pula udang tu.sambil beli makanan untuk berbuka. bila dah dapat umpan patah balik tepi laut, apa lagi start memancing lah, baling saja rod, xsampai lima minit kaknab dah dapat gelama, diikuti dengan suami pun dapat gelama, ni bertambah semangatlah. yang paling best bila suami kaknab dapat tarik ikan kerapu besar, yang kesian sekali kaknab dapat ikan ketuka, adik beradik ikan pari lah tapi ketuka species kecik, dah masuk dalam timba dia terberanak pula, sian dia, agaknya dah sarat masa dah kelupor nak lepas dari mata kail terus terberanak, so anak kaknab ambik anak dia masuk semua ke dalam laut, supaya dapat hidup. nilah pengalaman yang xdapat dilupakan. kira hari tu luck memancing kaknab okay lah, kaknab dapat gelama 3 ekor, pari, senangin sekor. suami kaknab memang pehanyir, dia lah yang paling banyak dapat kalau pi memancing di mana pun, tapi anak kaknab yang sulung jojo sekor pun xdapat, xade luck dia hari tu. yang bongsu pula dapatlah sekor ikan duri minyak. balik saja rumah terus siang dan masak kari. malam ni sahur makan gulai ikan kerapa, senanginlah. memang best

kaknab cuti menjahit lah sekerat hari, xlarat dok tekan kaki kat mesin pi baling rod lah pula hehehehe

Saturday, August 29, 2009

hujan lah pulak

minggu ni hujan turun xberhenti, activity memancing tergendala, anak kaknab yang bongsu dengan abah dia, asyik pandang kut tingkap dok tengok hujan. bila lah hujan nak berhenti, bolehlah pi punggai rod. husband kaknab kata, sian kat hujan dia nak turun pun xsenang sebab asyik ada orang dok perhati dia, kah kah kah kah. kaknab pula memang lah xboleh nak join lagi nak clear baju yang nak kena jait dulu. hu hu hu hu sian kat aku.

Saturday, August 22, 2009

memancing lagi














tadi pukul 10 malam pi memancing dekat tesco glugor, penang. cuaca xberapa elok tapi xhujan, duduk memancing dari 11.00 malam sampai 1.15 pagi. air pasang besar juga, kaknab cuma dapat sekor ikan pedukang, xberapa besar tapi buang semula ke dalam laut. husband dapat 4 ekor ikan 2 ekor duri pulut, 2 ekor gelama, okalah boleh buat laut sahur. balik terus masak asam pedas tumis,
pukul 3.50 pagi baru siap masak, nanti nak kejutkan anak2 dan husband makan sahur, semuanya lauk panas2. okalah tu

Wednesday, August 19, 2009

pemandangan ban pecah, tanjung piandang, perak







































gambar ini kaknab ambik dari jijah's fotopages. kaknab belum sampai lagi. tkasih jijah.

Tuesday, August 18, 2009

dah nak posa

dah nak posa, activity memancing kenalah berehat untk sebulan. so boleh pi last 21/8/09 air pun pasang tinggi 2.50 m pukul 1340. boleh lah lepak kat tepi laut, buang gian memancing. pastu lepas raya baru boleh sambung balik . ingat nak try pi memancing kat ban pecah tanjung piandang, dengar cerita sana top dengan sembilang sirip merah. jauhlah sikit

Saturday, August 15, 2009

xade rezeki hari ni

pagi tadi bertolak dari rumah 3.00 pagi, macam lagu pramlee la pulak, menuju ke telok kumbaq jeti salwa, hampeh satu ikan pun xdapat, anak kaknab yang sulung dapat anak gelama, yang bongsu pula dapat anak yu bodoh kah kah kah. dua dua ikan tu lepas, di atas jeti tu ada lah beberapa orang memancing, xade ikan juga, siap tidor atas titi tu relax, so kami pun pack pack barang balik, atas kereta husband kata kita pi try kat pantai bersih pula, lepas solat subuh pakat baling rod, haram sekor ikan pun xdapat, baling je umpan habis, baling je umpan habis, ikan xlekat langsung. memang xade rezeki lah hari ni, berjaga 4-5 jam xdapat ikan langsung. begitulah kalau jadi nelayan, nak harap kan ikan pancing xberlauk lah nampaknya. market juga kena pi, beli ikan 2 kilo haaa sat saje. laut punyalah besar ikan berjuta didalamnya. tupun xdapat ikan. huhuhuhu

Friday, August 14, 2009

hari ni air pasang ke surut

14/8/09 air akan pasang petang pukul 6.00. kalau pi memancing susah nak sembahyang la pulak, orang lelaki macam suami dan anak2 kaknab boleh lah sembahyang je kat tepi pantai kalau bawa sejadah, kaknab ni xkan pula nak sembahyang dengan telekung nanti orang tengok putih putih nanti depa ingat hang2 la pulak.

esok pagi 15/8/09 je pi memancing air pasang pukul 7.07 pagi so boleh lah bertolak dari rumah pukul 4 - 5 pagi ke, elok sampai tepi laut air tengah naik memang eloklah mula baling rod. yahooooo. bestnya.

Thursday, August 13, 2009

1st time pancing guna rod

ini pengalaman kaknab mula2 sekali guna rod. selalu bila pi memancing kaknab hanya guna helikopter yang pusing pusing punggai dalam laut, tapi dapat juga ikan, oleh kerana kadang kadang kami pi tempat yang ada batu2 so kena baling jauh sikit, so yang helikopter xboleh pakailah. husband pun ajarlah macam nak nak baling supaya jauh, kaknab pun belajar lah, excited sangat pastu trylah, alamak gedebuk, sikit punya punggai kah, tau tau dia pi kat depan je , try lagi aih awat pula pi kuk kanan saja awat x pi direct macam husband buat. kata kat husband rod ni boleh pi jauh, dia pun baling alamak pheew jauh nya pi aiseh men macam mana dia baling. tapi kaknab xputus asa try lagi, kali boleh lah pi jauh sikit, tapi dah dok biasa guna helikopter tangan tu kok mana pun nak pegang macam tu juga, husband gelak, susahlah bawa orang asli pi memancing, dok gelak kat tepi laut, tapi xpa, kaknab xputus asa nak baling rod biar dia pi jauh macam husband dan anak2 kaknab buat tu. janji semangat mau ada . kah kah kah

sembilang

Wednesday, August 12, 2009

ni helikopter punya.


sapa yang xpandai baling guna rod boleh lah pakai helikopter punya, pusing pusing gedebuk dalam laut. dapat juga ikan beb

koleksi rod


nilah rod yang digunakan oleh keluarga, 7 batang semua. sekali pi memancing jenuh usung.

sembilang beb

abang memancing