SELAMAT DATANG

Photobucket

Thursday, October 16, 2014

october bukan musim udang galah

kaknab balik muar, 2-3 hari minggu ini, tujuan ingin memancing udang galah, tapi rupanya oktober bukan musim udang galah menggasak. port memancing kat jeti bakar batu, memang tak ada orang langsung memancing, namun kaknab masih luangkan masa tiap tiap hari pi juga memancing mana lah tahu kalau nasib baik boleh rasa gup gup tarikan sepit biru.

namun hampa, so far hanya dapat sekor saja. Suami kaknab hari2 gelak kat kaknab, ada ke tak ada ke, masih mahu memancing juga. sekarang baru kaknab tahu walaupun air cantik, tidak masin namun udang galah memang bukan musimnya bulan oktober. kena ingat selalu.

Esok dah nak balik spetani selepas ambik anak di pekan pahang, jadi tak dapatlah kaknab memancing walaupun tak ada udang. memang pemancing tegar kaknab ni,

sekor ni saja dapat dalam masa 4 hari

pemancing tegar

ada ke tak ada udang ke, janji rod dalam air.

No comments:

Post a Comment