Hari ni pi memancing dengan suami dekat parit PBA Perda, kaknab panggil parit PBA sebab dekat dengan flat quarters PBA, Sebab kaknab memancing banyak parit dan ban kat sini, so kaknab sendiri lah yang bagi nama, parit round about Jusco, parit PBA. parit KPJ, kolam MPSP. Suami kaknab dapat 2 ekor ikan keli yang satu 800 gm, yang lagi satu 400 gm. Ini ialah keli bunga atau keli bendang, walaupun besar sizenya kalau masak gulai isinya memang lembut dan manis. tapi walau sedap macam mana pun yang makan kaknab sorang saja huhu. yang lain tak minat pun. Apa pun kaknab masak juga gulai keli hari ni, ikan yang 400 gm tu yang buat gulai, yang 800 gm belum masak lagi, mungkin esok nak masak lemak cili api, pedas pedas kou kau.
saja je buka blog ni, nak update semua activiti keluarga iaitu memancing.
Saturday, February 9, 2013
Friday, February 1, 2013
umpan memancing
Kaknab memancing air tawar di parit2 dan tali air yang terdapat di Bukit Mertajam, kadang2 pi memancing di Ban Pecah Tanjung Piandang yang terdapat laut dan parit bersebelahan. Umpan yang kaknab guna seperti biasa cacing, cengkerik, udang kopek,
Wednesday, January 30, 2013
memancing parit
Kaknab dah balik memancing, sambil masak gulai ayam atas dapor sambil berblog. ikan puyu memang banyak dalam parit, kalau pakai bok mati, sembat ikan memang dapat banyak, tapi kaknab pakai rod, biar saja ikan betul2 cakok mata kail baru tarik, kalau sikit je, memang terlepas lah, banyak ekor juga yang terlepas, dapat yang kecik2 pula kaknab CNR. Kepala ikan haruan dok sua saja kat dalam parit tu, tapi kalau baling rod, dia lari. yang dapat puyu 10 ekor semuanya.
| ikan yang dipancing pagi ni. |
nak pi parit lagi pagi ni
kejap lagi kaknab nak mancing parit kat quarters PBA pula lama tak pi kat situ, dok layan tilapia kat parit jusco. Demgar kata ikan kat situ dah banyak balik, hari tu kaknab pi tak sentuh langsung, tu yang tukar port kat roundabout. lagi pun kat situ, bising dengan tractor, lori orang dok tambun tanah nak buat rumah sebelah parit tu. jum kaknab pi nanti balik memancing kaknab update lagi ok.
Tuesday, January 29, 2013
mancing parit selalu dapat ikan
Balik dari Port Dickson, kaknab gigih betul cari cacing untuk umpan mancing kat parit di perda. dah mancing kat laut PD sehari semalam 5 waktu, 2 ekor ikan tecik tonet je dapat. Kata suami mancing parit selalu je dapat, walaupun sekejap. semalam je pi mancing kat tempat biasa kat round about jusco, dapat 10 ekor ikan tilapia, besar2 pula kali ni, suami seronok sebab masa tariik tu walaupun cuma parit saja, tapi ikan tarik tu yang best.
| tilapia pun ada banyak jenis |
Monday, January 21, 2013
jom report activity mancing
Hari ni. seperti biasa, kaknab memang pi mancing juga. Pagi dalam pukul 10.00, kaknab nak pi Jusco beli barang, tapi sebelum tu, kena singgah parit dulu mancing. sampai kat parit, kaknab terus taut rod, tak sampai 10 minit, ikan dah tarik, dia tarik jauh, hai ikan apa ni, jauh dia bawa kelampung, ingat haruan dah. tarik punya tarik rupanya tilapia. boleh tahan besaq juga. tengah dok buka ikan nak masuk dalam botol, rod yang lagi satu pun ikan dok tarik, tengok2 ada lagi seekor ikan tilapia, pun sama besar dengan yang mula tadi. Kira dalam 20 minit dapat 2 ekor, kira ok lah. tengok jam 10.30 pagi dah,. tunggu lagi sampai pukul 10.50, senyap je, ikan dah tak tarik lagi. memang takat ni saja rezeki hari ini 2 ekor ikan tilapia. Kaknab pun berhenti memancing, kayuh basikal terus pi jusco untuk beli barang sikit. Balik rumah kaknab timbang ikan tu 250 gm sama berat pula tu, mesti 2 beradik ni. kaknab siang, mula2 ingat nak masak sup dengan 2 ekor ikan haruan yang kaknab dapat kelmarin tu. pastu ubah fikiran kaknab garamkan saja, campur dengan tilapia, tangkapan tempoh hari yang kaknab simpan dalam peti ais. Banyak pula stock tilapia ni. nanti esok boleh kaknab gaul dengan serbuk untuk buat pekasam.
Saturday, January 19, 2013
ASYIK DAPAT IKAN TERURBUI SAJA
Subscribe to:
Posts (Atom)
