saja je buka blog ni, nak update semua activiti keluarga iaitu memancing.
Monday, January 21, 2013
jom report activity mancing
Hari ni. seperti biasa, kaknab memang pi mancing juga. Pagi dalam pukul 10.00, kaknab nak pi Jusco beli barang, tapi sebelum tu, kena singgah parit dulu mancing. sampai kat parit, kaknab terus taut rod, tak sampai 10 minit, ikan dah tarik, dia tarik jauh, hai ikan apa ni, jauh dia bawa kelampung, ingat haruan dah. tarik punya tarik rupanya tilapia. boleh tahan besaq juga. tengah dok buka ikan nak masuk dalam botol, rod yang lagi satu pun ikan dok tarik, tengok2 ada lagi seekor ikan tilapia, pun sama besar dengan yang mula tadi. Kira dalam 20 minit dapat 2 ekor, kira ok lah. tengok jam 10.30 pagi dah,. tunggu lagi sampai pukul 10.50, senyap je, ikan dah tak tarik lagi. memang takat ni saja rezeki hari ini 2 ekor ikan tilapia. Kaknab pun berhenti memancing, kayuh basikal terus pi jusco untuk beli barang sikit. Balik rumah kaknab timbang ikan tu 250 gm sama berat pula tu, mesti 2 beradik ni. kaknab siang, mula2 ingat nak masak sup dengan 2 ekor ikan haruan yang kaknab dapat kelmarin tu. pastu ubah fikiran kaknab garamkan saja, campur dengan tilapia, tangkapan tempoh hari yang kaknab simpan dalam peti ais. Banyak pula stock tilapia ni. nanti esok boleh kaknab gaul dengan serbuk untuk buat pekasam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment