Hari ini selepas subuh saja kaknab dan suami dah sampai di sungai, keadaan nasih gelap, jadi knab cuma mengguna satu rod saja. Sebab gelap knab kena pegang rod kalau letak dibawah tak nampak kalau ikan tarik, kalau pegang, knab boleh rasa getuan ikan gup gup. Ni yg best sekali.
Air menuju surut tapi dalam keadaan perlahan. Sedikit demi sedikit keadaan menjadi cerah, walaupun tiada ada matahari terbit kerana agak mendung macam nak hujan.
Ya memang hujan pun, tapi kaknab dan suami tak berganjak. Suami mengharapkan duri malim, kaknab tak kisah sangat ikan apa pun yang dapat janji gup gup ditarik ikan.
Hasil pancingan pagi ini 2 ekor duri malim, 3 ekor duri biasa, 12 ekor gelama berbagai size |
No comments:
Post a Comment