SELAMAT DATANG

Photobucket

Wednesday, April 12, 2017

cara hilangkan bau ikan keli

Ikan keli kalau masak memang sedap. Ramai orang tidak suka kerana bau tanah dan hanyir pada isi ikan keli ini.

Kalau mancing dapat ikan keli kaknab akan kurung dulu salin airnya kerap, dari ait yang keruh akan jernih. Ikan keli kalau kurung dulu dia akan keluarkan segala apa yang dia makan,
Apabila badan dia dah bersih air yang kita tukar akan kekal jernih baru kita siang untuk masak

Masa menyiang, buangkan ketulan darah yang terdapat dekat kiri kanan durinya. Macam telinga dia la tu.
Bila dah kisar dengan garam dan asam serta daun serai yang dipotong2, kaknab akan perap dengan tepung gandum serta sedikit sirih kapor. Selama sejam. Kemudian bilas .

Kaknab suka ambil isinya saja  unyuk buat fish and chips. Isi keli yang lembit dan tidak berbau lagi memang sedap

ikan kenyeng

Ini ialah ikan kenyeng. Suami dapat masa mancing di kolam tadahan banjir. Ikan kenyeng memang sama macam ikan baung, tapi kenyeng species kecil.






Tuesday, April 11, 2017

keli

Lama kaknab tak mancing keli, hari ni mancing tempat biasa dapat 4 ekor besar2 juga hampir sekilo tiap2 sekor.
Suami pun dapat sekor, jadi 5 ekor semua, jenuh nak makan kaknab sorang saja yang makan keli. Tak apa, kurung dulu nanti bagi jiran yang lalu makan ikan keli. Jiran india kat belakang rumah tentu suka kalau bagi kat depa.