SELAMAT DATANG

Photobucket

Tuesday, November 22, 2016

update memancing di sungai muar

Kali ni balik muar memancing tak begitu menarik, tak berapa ada ikan sejak fenomena air pasang besar.
Air pasang sampai melimpah, ikan tidak galak makan ke atau ikan xdak dalam sungai, pi makan angin kut.

Air nak naik pasang. Tak ada ikan, tunggu pula air nak surut. Pun tak makan juga.  Kali ni kak nab dan suami
Tak berapa enjoy, balik muar 3 minggu saja.

Langut tengok joran kut kut malim sentap umpan. Ni mancing malim 20/11/16. Air mati

Tak ada ikan selfie je la



Saturday, November 19, 2016

ikan gelama - croaky fish

Ikan gelama adalah ikan wajib yg mesti dapat tiap kali mancing di laut atau muara. Ia ada bermacam2 species mengikut panggilan tempat masing2
Gelama bongkok, gelama gigi, gelama tirus, gelama tengkerong, gelama papan, gelama emas, gelama hitam, gelama entah apa apa lagi hehe.
Banyak sangat. Apa pun orang panggil tak kisah lah janji dapat sebab kalau dia makan umpam dia sentap tu yang best.

Ini gelama tengkerong,  memancing
 kat ban pecah tanjung piandang

Ini dipanggil gelama bongkok
Sebab badannya sedikit bongkok
Besar gelama ni, dapat masa
Mancing kat sungai sabak awor

Ini pula gelama tirus kerana
Badannya tirus ke bawah,
Besar juga ni, balik masak
Asam pedas memang sedap
Isinya yg lembut dan manis

Ni knab panggil gelama sirip kuning
Suka hati je boh nama tgk sirip kolor kuning
Hehe

Tuesday, November 8, 2016

air mati mancing malim

Hari ni mancing air mati, memburu malim tidak sia sia, suami kak nab yh dpt semua, sebab baling jauh nun tengah sungai, kaknab baling dekat xdapat malim.

Air mati memang naik pasang slow, surut pun slow, barangkali malim suka air yang tak berarus, suami balik muo pun semata nak memancing malim.

Malim galak makan ketika air menuju surut,  masa ni kena pulun mancing

Suami dapat 6 ekor malim, dua ekor guemang, 4 gelama, sekor serkut sepupu gerut gerut.





memancing belakang mesjid Muo


Monday, September 26, 2016

masih di sabak awor

Dah 10 hari kaknab dan suami disabak awor, Muar. Taklah rasa boring sangat sebab hari2 kami pi memancing, setiap kali mememancing ada saja ikan yang dapat, gelama, duri berbagai specied termasuk duri malim.

Hari ini selepas subuh saja kaknab dan suami dah sampai di sungai, keadaan nasih gelap, jadi knab cuma mengguna satu rod saja. Sebab gelap knab kena pegang rod kalau letak dibawah tak nampak kalau ikan tarik, kalau pegang, knab boleh rasa getuan ikan gup gup. Ni yg best sekali.

Air menuju surut tapi dalam keadaan perlahan. Sedikit demi sedikit keadaan menjadi cerah, walaupun tiada ada matahari terbit kerana agak mendung macam nak hujan.

Ya memang hujan pun, tapi kaknab dan suami tak berganjak. Suami mengharapkan duri malim, kaknab tak kisah sangat ikan apa pun yang dapat janji gup gup ditarik ikan.

Hasil pancingan pagi ini
2 ekor duri malim, 3 ekor duri biasa,
12 ekor gelama berbagai size



Saturday, August 27, 2016

lepak ditepi sungsi


duri lagi

kalau mancing kat sungai sabak awor macam2 jenis ikan duri yang kaknab dapat,

duri ni pendek je kepala dia kan.


Saturday, August 20, 2016

duri malim

ikan duri malim hanya terdapat di muara muara yang airnya payau. ikan duri yang muncung mulutnya, berwarna kuning, memang sedap dan lembut isinya kalau dimasak asam pedas atau gulai.

umpan yang digemarinya ialah umpun umpun. entah macam mana duri malim suka umpun2 sedangkan mana ada umpun2 dalam sungai. malim hanya terdapat ditengah sungai, ia jarang datang atau bermain ditepi. tapi kalau dia dah makan umpan, memang best semasa strikenya.

kuning kan

malim dimasak kari

Saturday, August 13, 2016

duri malim

tiap kali kalau air mati, maka dapatlah duri malim kalau mancing di sungai sabak awor, muar, johor.

kak nab dan suami akan balik kampung tiap kali air mati. dah tiga tahun udang galah langsung tak ada. sejak orang cina suka buang ikan keli ke dalam sungai, kerana berniat ke apa ka, habis benih2/anak udang dimakan dik ikan keli2 itu, jangan kan kata udang galah, nak tangkul anak udang nak buat umpan pun tak ada lagi, kalau dulu sekali turunkan tangkul segenggam anak udang senang2 ja dapat.


dah tak udang, kaki2 pemancing kat jeti bakar batu sabar awor pakat memancing duri malim di situ.
berumpankan umpun2 kegemaran duri malim, memang tidak kecewa kalau  mancing disitu dengan syarat baling jauh ke tengah sungai.

Semalam saja suami kaknab dapat 9 ekor, 5 ekor ikan gelama. . memang best tarikan duri malim kalau dapat.







Friday, July 15, 2016

Tuesday, July 12, 2016

ikan duri kepala besar

ni lagi spesis duri yang kaknab dapat, badan kecik kepala besar. nak panggil duri apa. boh la sendiri nama apa yang hangpa suka hehe


Wednesday, June 15, 2016

activity mwmancing

hari ni pi mancing tempat biasa. bulan
puasa xpayah masak pagi, jadi pi lepak tepi kolam. cuaca pun redup saja xberapa panas, sedap sikit memancing, tal lah rasa dahaga sangat, kalau panas yerik. takut tak tahan, maklumlah bulan puasa, tak boleh minum.

hasil mancing xberapa menarik suamindapat sekor ikan keli 1.5 kgs dan sekor ikan pacu 250'gm. knab pula dua ekor tilapia, 250 dan 300 gm. knab dapat byak juga tilpaia tapi tak berapa besar dalam 100-150 gm. knab lepas saja.





Tuesday, May 17, 2016

keli kampung

keli kampung, warna cerah, kepala kecik, badan montok, isi memang padat kalau dah disiang.

badan montok

kepala kecik

isi yang padat

Monday, May 16, 2016

ikan keli kampung

hari ni kaknab mancing dapat sekor ikan keli kampung. badannya gemuk pendek dari keli afrika, dan berwarna cerah dari keli afrika, atas kepalanya berbentuk u. keli afrika selalu yang kaknab dan suami dapat berbentuk v




Sunday, May 15, 2016

ikan keli lagi

kelmarin sabtu 14/5/16 mancing dapat keli lagi 4 ekor xberapa besar kali ni 3 ekor 750 gm sekor 500 gm. spa pun simpan dulu, kalau nak makan ambil saja siang.  yang sekor stock lama 1.5 kg dah dapat kawan.



Thursday, May 12, 2016

mancing sungai muar

jum update gambar kaknab mancing dapat ikan untuk kenang kenangan











I

Monday, May 9, 2016

ikan keli kaknab mancing

hari ni kaknab paling seronok mancing, sebab dapat ikan keli besar 4.3 kgs. kira ikan paling besar dalam sejarah mancing kaknab.

yang lagi sekor 1.5 kgs.

besar kan

dah siap disiang. ikan keli kolam memang tak hanyir.


mancing ikan sungai sabak awor, muar

Kaknab baruvje balik dari kampung Muar., balik pun nak mancing saja. memang tak ada udang galah langsung,  tapi tak hampeh juga, dapat ikan duri macam species, kepala besar, kepala kecik, kepala pendek, muka senyum, mungkin semua dengan nama lain3 ikut tempat masing2. bagi suami kaknab semua dia panggil duri tongkang.

apa pun panggilannya, kaknab tangkap bawa balik sungai petani, boh dalam tong ais, memang tahan segar lagi masa sampai sungai petanu

ni sekali dapat 2 ekor satu mata kail.
mungkin mula yang kecik makan dulu, yang besar makan
kemudian

Tuesday, April 26, 2016

mancing keli

musim el nino memang panas, air kolam pun panas, ikan pun kurang makan. tapi baru baru ni hujan lebat selama dua hari, cukup untuk membersih kolam dengan air baru.

kaknab dengan suami pun pi mancing di kolam biasa. nyata memang ikan keli mula actik sebab baru hujan.  suami dapat 3 ekor keli, 1.8 kg, 2.5 kgs, 400 gm.

hari esoknya kaknab yang tak pernah dapat keli besar pun dapat seberat 1.2 kg.

tapi la ni dah tak hujan lagi, kami pun stop dulu mancing, tunggu hujan semula.


Tuesday, April 19, 2016

minggu sudah balik muar, dapat mancing di sungai muar, tapi la ni dah tak ada udang galah kat sungai muar (sabak awor).  walapun tak ada udang orang sentiasa ada kat jeti bakar batu.
tak ada udang pun orang ramai juga mancing sebab musim ikan gelama, sembilang, duri, kira tak hampeh lah janji ada tarik. kaknab pun tak ketinggalan.




Friday, January 8, 2016


Agak lama memancing tak dapat ikan haruan, baru baru entah macam mana pula haruan makan umpan bila suami mancing baling tengah kol a m. Barangkali lapar sangat kut tu cacing pun dia rembat, walaupun tak berapa besar cuma 700 gm beratnya, tapi best juga, lama dah tak makan haruan.