lama kan kaknab tak update blog ni. Bukan apa tak berapa ada entry yang best. Selalu juga memancing tapi macam biasa yang dapat tilapia. Boring kan asyik nak ceta ikan tu saja.
Sejak pindah sungai petani ni, baru je dapat port baru iaitu kolam tadahan banjir bandar perdana, besar juga kolam ni. Ikan pun macam2 ada, haruan, keli, tilapia, ikan putih, puyu, ikan bulan dan ikan pacu.
ikan tilapia memang lah selalu dapat kat situ. Puyu pun ada dapat sekor je hihi. Haruan, keli kaknab xpernah dapat lagi.
hari ni, suami dapat 3 ekor ikan pacu. Besar juga sekor 700 gm 2 ekor lagi dalam 500 gm tiap2 satu. Umpan seperti biasa cacing lah.
sebenarnya kaknab dengan suami memang tidak kenal ikan pacu. Mula2 suami kata ikan piranha apa. Nasib baik dia xbuang. Apabila datang seorang kaki pancing yang lalu kat situ. Dia kata ni pacu, sedap ikan ni katanya.
Bila tengok suami kaknab dapat pacu. Dia pun balik ambik fishing rod dia kat rumah. Mungkin rumah dia kat kolam tu je.
|
ikan pacu |
Balik rumah sekor kaknab bagi jiran sebelah. Lagi sekor kaknab buat gulai. Ni lah pertama kali kaknab rasa ikan pacu. Isinya banyak tulang yang bercabang kena hati2 masa nak makan, tapi memang sedap ikan ni. Lemak dan manis. Rasa lebih kurang macam ikan bawal emas.
|
ikan dah siap disiang |
|
gulai ikan pacu |