SELAMAT DATANG

Photobucket

Tuesday, December 16, 2014

ikan tilapia lagi

Jom kaknab update mancing kat kolam bandat perdana sungai petani.
Boleh kata tiap2 hari kalau tak hujan. Hasilnya cukup memberangsangkan.
Boleh kata memang best kebelakangan ni.

Ikan yang besar dalam 250 gm ke atas baru ambik, yang kecil less than 250 gms RnR je.

Besar juga goreng pun sodap

Suami  pakai 3 rods

Wednesday, November 26, 2014

mancing penang lagi dapat ikan baji

Hari ni pi lagi mancing kat sungai pinang. Tapi hari ni hampih  saja. Dari air tengah surut hingga air naik pasang ikan tak makan langsung.

Kaknab saja yang dapat sekor ikan baji, 300 gm, suami tak dapat apa.

Berpanas terik kami hari ni macam nak cair otak. Dalam pukul 2 dari panas  terik bertukar mendung.

Tengok cuaca gelap je kami pun perderas balik. Memang basah lokoih on the way atas highway sebab hujan Lebat

Panas sampai nampak bayang kaknab masa snap gambar ni

Ikan baji

Terus masak kari sedap ikan baji

Monday, November 24, 2014

mancing di pantai sungai pinang, penang

Sampai awai, tunggu anak
Lama kaknab tak memancing laut. Dok mancing kolam Dan sungai saja. Hari Sabtu baru ni ikut anak sulung kaknab mancing kat pantai sungai pinang. Dia kata bakau street.

Dulu tempat ni pantai landai dengan selut saja, la ni depa dah tambun laut. Buat cantik bukan main tempat orang joging dan beraidah memang cantik.

Start mancing pukul 9 pagi sampai pukul 12.00 sebab panas balik awal. Situ tak ada shade. Kedai makan pun banyak kat situ. McDonald pun dekat. Starbuck coffee pun depan tu juga.

Suami dapat anak malong, anak dapat ikan baji dengan anak nyok nyok. Knab tak berapa mancing sebab baru 12 hari operate mata cataract tak berani nak pulun baling rod.


Port yang cantik. Tu anak knab yang duduk

Thursday, October 16, 2014

october bukan musim udang galah

kaknab balik muar, 2-3 hari minggu ini, tujuan ingin memancing udang galah, tapi rupanya oktober bukan musim udang galah menggasak. port memancing kat jeti bakar batu, memang tak ada orang langsung memancing, namun kaknab masih luangkan masa tiap tiap hari pi juga memancing mana lah tahu kalau nasib baik boleh rasa gup gup tarikan sepit biru.

namun hampa, so far hanya dapat sekor saja. Suami kaknab hari2 gelak kat kaknab, ada ke tak ada ke, masih mahu memancing juga. sekarang baru kaknab tahu walaupun air cantik, tidak masin namun udang galah memang bukan musimnya bulan oktober. kena ingat selalu.

Esok dah nak balik spetani selepas ambik anak di pekan pahang, jadi tak dapatlah kaknab memancing walaupun tak ada udang. memang pemancing tegar kaknab ni,

sekor ni saja dapat dalam masa 4 hari

pemancing tegar

ada ke tak ada udang ke, janji rod dalam air.

Wednesday, October 15, 2014

ikan pacu

lama kan kaknab tak update blog ni. Bukan apa tak berapa ada entry yang best. Selalu juga memancing tapi macam biasa yang dapat tilapia. Boring kan asyik nak ceta ikan tu saja.

Sejak pindah sungai petani ni, baru je dapat port baru iaitu kolam tadahan banjir bandar perdana, besar juga kolam ni. Ikan pun macam2 ada, haruan, keli, tilapia, ikan putih, puyu, ikan bulan dan ikan pacu.

ikan tilapia memang lah selalu dapat kat situ. Puyu pun ada dapat sekor je hihi. Haruan, keli kaknab xpernah dapat lagi.

hari ni, suami dapat 3 ekor ikan pacu. Besar juga sekor 700 gm 2 ekor lagi dalam 500 gm tiap2 satu. Umpan seperti biasa cacing lah.
sebenarnya kaknab dengan suami memang tidak kenal ikan pacu. Mula2 suami kata ikan piranha apa. Nasib baik dia xbuang. Apabila datang seorang kaki pancing yang lalu kat situ. Dia kata ni pacu, sedap ikan ni katanya.

Bila tengok suami kaknab dapat pacu. Dia pun balik ambik fishing rod dia kat rumah. Mungkin rumah dia kat kolam tu je.

ikan pacu
Balik rumah sekor kaknab bagi jiran sebelah. Lagi sekor kaknab buat gulai. Ni lah pertama kali kaknab rasa ikan pacu. Isinya banyak tulang yang bercabang kena hati2 masa nak makan, tapi memang sedap ikan ni. Lemak dan manis. Rasa lebih kurang macam ikan bawal emas.

ikan dah siap disiang

gulai ikan pacu












Monday, June 16, 2014

mancing jeti bakar batu, muar, johor

Lama kan kaknab tak masuk apa2 kat blog ni, sebab lama tak mancing. baru baru ni kaknab balik muar 2 minggu. apa lagi activity memancing pun bermula lah. mancing udang galah kat jeti bakar batu. Dulu ada boat boleh lah mancing atas boat, kini boat dah dijual, sebab kaknab dan suami tak jadi tinggal di muar. nak simpan kat jeti takut hilang, sebab kita sekarang tinggal kat sungai petani. mau tak mau, walaupun rasa ralat, terpaksa lah jual juga, rugi pun rugi lah.


Dalam 2 minggu di muar, boleh dikatakan, hari2 mancing, pagi dan petang. puas memancing sampai berkilat muka hehe. tak apa hitam pun hitam lah janji puas udang gup gup yang mahal tu.

port memancing - jeti bakar batu. sabak aur, muar, johor

jom kaknab update gambar2

pagi pagi dah sampai tepi sungai, sambil menikmati keindahan sunrise. cantik

sebahagian dari rod beratur.
pemandangan dan pemancing di tepi sungai

sepit biru.

apek dari bakri, pemancing tegar, hari hari dia ada di tepi sungai, mancing

suami kite la ni.

yang pakai baju hitam tu, kaknab panggil cina sombong, sebab dengan sapa pun dia tak cakap. tiap2 pagi sebelum masuk kerje kat bengkel mesti dia mancing dulu. muka pun tak mandi hahaha.

suami dapat duri malim, bonus hari tu. masak asam pedas, sedap

lqjju dia manjat, nama pun berok

 berok sedang memulas kelapa. zoom picgure boleh nampak berok menonggeng.

umpan umpun umpun nipah 

Monday, May 12, 2014

besarnya gelama

Ini ialah ikan gelama yang kaknab dapat paling besar dalam sejarah memancing. kaknab dapat ikan ni kat sungai sabak aur, gelama bongkok, ada yang panggil gelama papan, tak kisah lah gelama apa, janji mantop.


Ikan puyu dalam kenangan

Masa dok kat perda, bmertajam, tiap2 hari kaknab mancing ikan puyu, keli, haruan dan tilapia. Parit dan tali air banyak kat sana. semua tinggal kenangan, kaknab la ni dok kat spetani, tak jumpa lagi pot pot mancing ikan air tawar. hanya video ini buat kenangan melepas rindu ikan puyu hehehe. ikan yang dapat disimpan dalam aquarium, besar sikit boleh buat pekasam.


Friday, May 9, 2014

memancing udang galah

Lama betul knab xmasuk blog ni. Sibuk tu taklah sangat cuma kadang2 rasa malas sebab lama dah tak memancing sejak pindah rumah sendiri kat sg lalang, sungai petani.

Dulu dok kat berek perda rajin memancing kat parit2 dan tali air bendang kat bm. La ni, kat sp belum jumpa port yng best lagi. Kolam mancing bayar adalah. Tapi nak mancing free, yg kolam berbayar tak minat, sebab dah bayar kalau tak dpt ikan rasa ghalat juga sebab keluar duit tapi tak dapat ikan.

Hari ni Friday 9/5/14. Knab berada di sabak awor, tadi pagi dah pi mancing udang galah kat jeti bakar batu, tempat selalu pi, tapi hari ni agak debus je, 6 orang pemancinf kat situ, sorang pun tak dapat udang galah termasuk lah knab. Toksah kata dapat, usik umpan pun tidak, air sungai jernih, arus deras gile, menuju ke surut. 3 jam membangau balik je lah jawabnya. Petang nanti pi semula. Kut kut ada rezeki sepit biru.