hari ni, husband kaknab dapat sekor ikan haruan semasa casting kat parit, best wooo, besar juga, 800 gm. kira okay lah bang, eksyen ooooo, kaknab cuma dapat sekor ikan tilapia, yang lain dapat anak2 tilapia, dekat 10 ekor, mana pi ikan tilapia yang besar2 lari ke, sebab air parit banyak melimpah ruah, atau yang besar dok kat dasar parit, tapi perambut memang panjang pun, tak ada rezeki lah tu.
Minggu sudah anak kaknab casting pun dapat 2 ekor haruan, sekor 400 gm sekor lagi 450 gm, karen juga masak tarik haruan tu, tapi dah habis pun kaknab masak singgang. ni ikan yang sekor yang husband dapat, nak masak sup pula, kaknab makan sorang, tak habis ni besar ikannya, nanti kaknab bagi kat jiran yang lalu makan ikan haruan. Tak ramai yang makan ikan darat ni, rumah kaknab pun depa tak lalu makan.
Ikan tilapia dalam parit semakin kekurangan, apa pun kita tunggu lah hingga air parit surut apabila jabatan parit dan saliran buka pintu air bagi mengalir ke kolam mpsp, punya lah lama dekat seminggu air dok macam tu juga, jernih pula tu. huhuhu. Tapi Bangla tak kisah air banyak pun depa bergasak berjala, habis ikan dalam parit, kita nak seronok2 layan pancing, masa ikan tarik tu yang best, kalau nak pasang jala, jaring, kita pun tahu juga, Bangla ingat kita melayu tak tau ke pakai jala, apa lah Bangla ni, habis ikan dalam parit lari.
|
kepala mcm kepala ular, tu yang ramai tak makan, geli kut |
|
800 gam |
|
dah pun siap disiang. dapat 7 katam isinya |
|
umpan tipu ni lah yang haruan sambar. |
No comments:
Post a Comment