SELAMAT DATANG

Photobucket

Thursday, March 28, 2013

Wednesday, March 27, 2013

casting la pulak

hari ni, husband kaknab dapat sekor ikan haruan semasa casting kat parit, best wooo, besar juga, 800 gm. kira okay lah bang, eksyen ooooo, kaknab cuma dapat sekor ikan tilapia, yang lain dapat anak2 tilapia, dekat 10 ekor, mana pi ikan tilapia yang besar2 lari ke, sebab air parit banyak melimpah ruah, atau yang besar dok kat dasar parit, tapi perambut memang panjang pun, tak ada rezeki lah tu.

Minggu sudah anak kaknab casting pun dapat 2 ekor haruan, sekor 400 gm  sekor lagi 450 gm, karen juga masak tarik haruan tu, tapi dah habis pun kaknab masak singgang. ni ikan yang sekor yang husband dapat, nak masak sup pula, kaknab makan sorang, tak habis ni besar ikannya, nanti kaknab bagi kat jiran yang lalu makan ikan haruan. Tak ramai yang makan ikan darat ni, rumah kaknab pun depa tak lalu makan.

Ikan tilapia dalam parit semakin kekurangan, apa pun kita tunggu lah hingga air parit surut apabila jabatan parit dan saliran buka pintu air bagi mengalir ke kolam mpsp, punya lah lama dekat seminggu air dok macam tu juga, jernih pula tu. huhuhu. Tapi Bangla tak kisah air banyak pun depa bergasak berjala, habis ikan dalam parit, kita nak seronok2 layan pancing, masa ikan tarik tu yang best, kalau nak pasang jala, jaring, kita pun tahu juga, Bangla ingat kita melayu tak tau ke pakai jala, apa lah Bangla ni, habis ikan dalam parit lari.

kepala mcm kepala ular, tu yang ramai tak makan, geli kut

800 gam 



dah pun siap disiang. dapat 7 katam isinya

umpan tipu ni lah yang haruan sambar.


Friday, March 22, 2013

memancing udang galah di sungai sabak aur, muar, johor - kampung husband lah ni

4 hari kak nab tak ada di penang, so tak update langsung blog ni, sebab kaknab pi setia alam rumah anak, pastu kaknab terus balik kampung Muar, tapi tak tidur rumah MIL, tidur di Sabak Aur Resort, dekat dengan rumah MIL, jalan kaki pun sampai, saja je, dok kat resort sebab tak ada sapa rumah MIL, lagi pun nak relax2 tepi sungai.

Resort ni tak lah kelas sangat tapi ok lah, tempatnya tepi sungai boleh layan memancing, tapi kalau nak bagi bintang kaknab bagi 1 bintang saja. atau 1/10 ,markah bilik yang kami menginap tu kononnya deluxe sewanya rm104 tapi kecik je biliknya. dalam bilik air pun letak shower lotion  1 botol kecik saja, tak cukup lah untuk 2 orang mandi, bilik pun tak ada almari nak sangkut baju ke, cuma depa letak hanger kat dinding, hampa gantung lah baju hampa kat situ. teruk kan.

Ada air atas  lantai entah datang dari mana, dari air cond ke air hujan, tapi tak hujan pun, mungkin air aircon kut. nasib baik ada wifi kalau tidak kaknab bagi 0 markah hahahaha.

Yang best sekali kita boleh mancing, tepi sungai atas pelantar yang disediakan, jadi sudah sembahyang jamaq kasar. kaknab dengan husband terus mancing sampai 7.20 dekat maghrib,  mancing udang galah, ni lah pertama kali kaknab mancing udang galah, bestnya masa udang terik, gup gup , gup gup gup yang tarik tu yang best sekali. walaupun tak dapat banyak udang, cuma 3 ekor, sekor ikan gelama, dan husband dapat sekor anak ketutu, tapi sebab tempatnya selesa, kaknab dengan husband enjoy juga.

Keesokan pagi pula kaknab dengan husband pukul 8 dah start mancing, kali ni air sungai jernih, air sungai berarus laju, kami tak dapat udang galah, tapi dapat ikan sumpit, kaknab yang jakun hehehe tak pernah tengok ikan sumpit mesti lah seronok sangat, apa lagi ikan sumpit strike sangat kuat, tu yang best., husband dapat 2 ekor ikan sumpit besar juga, tapi terpaksa CNR sebab kami nak balik penang, nak bawa kemana ikan tu, nak balik rumah MIL tak ada orang, nak bawa balik peang jauh sangat,  tak apa nanti lain kali datang lagi bukan duduk kat resort sabak aur lagi, duduk rumah MIL mancing kat tepi sungai sabak aur juga lah.




Add caption








ikan sumpit yang dapat.






bulan August tahun ni kaknab akan menetap di Sabak Aur, Muar, Johor, Suami dah pencen optional, balik kampung, boleh mancing puas puas.









Thursday, March 14, 2013

dapat ikan tapi putus bila tarik

Tadi petang kaknab pi memancing dekat port PBA. ikan tarik pelampung tenggelam, pastu dia tarik kuat masuk ke dalam parit yang atas jalan raya, kaknab cuba karau, tali cekang memang berat gila, tiba2 putus dengan pelampung sekali dibawa lari, entah apa entah, kalau lihat pelampung dibawa lari laju memang macam ikan, kata suami kura2 kut, kalau kura2  takkan tarik laju, tapi sebab jauh ke dalam bawah parit tak nampak pun pelampung tu, kalau ikan makan umpan memang sangkut mata kail kat mulut dia, dengan pelampung sekali dia bawa, suami dok ushar2 kat bawah tapi tak nampak pun. sian pula si ikan ke kura2 ke tak kisah lah, janji dapat lepaskan mata kail sebab dengna pelampung sekali, siannya.

Wednesday, March 13, 2013

haruan la pula

Pagi tadi, pi memancing kat parit PBA, tangan ni memang gatal2 nak mengail saja. hehehe. pi dalam pukul 9.30 pukul 10.30 balik lah. sejam je, dapat 2 ekor anak haruan dalam 250 tiap2 sekor agaknya sebaya la tu. lagi 2 ekor terlepas kalau tidak 4 ekor lah tangkapan, nasib tak baik. lama betul kaknab tak dapat ikan ghuan, jadi balik rumah goreng saja. sedapnya ikan baru,



dalam dok memancing, tiba2 sekor anak ular kecik konit, berenang2 dalam air, pastu landing kat dinding parit, kaknab tengok je, dalam parit jauh berani lah, kalau dekat kecik pun mau ketaq ketaq kalau ulaq kaknab memang takut sebab dia boleh patuk, bahayaaaaa

ulaq ambik angin berjemur tepi dinding parit, ulaq senduk kut sebab hitam berkilat badannya.

Sunday, March 3, 2013

ikan patin

Pagi tadi p memancing dengan suami kat tempat biasa, parit round about jusco, suami dapat sekor ikan patin. tak besar sangat dalam 250 gm. tak sangka pula ikan patin pun ada dalam parit tu, 1st time dapat. apa lagi balik kaknab terus siang dan masak gulai tempoyak. memang sedap ikan ni, ikan patin liar, isinya yang lembut dan manis.


gulai tempoyak ikan patin.

Saturday, March 2, 2013

laut pun ada puyu ke?

Ini ialah ikan yang anak kaknab dapat masa memancing kat telok bahang. hari tu masa kaknab pi memancing pun ada dapat juga ikan ni. sebiji macam ikan puyu, tapi tak tau orang panggil ikan apa, kaknab panggil ikan puyu laut. tengok gambar ni, kaknab ambik dengan ikan puyu. yang sebelah kanan tu ikan puyu, kaknab ambik dalam aquarium, hidup lagi, dia pun pandai dok diam pula masa nak ambik gambar, siap je gambar terus dia melompat.

yang kanan tu ikan puyu air tawar, yang kiri ikan laut. sama kan

memancing tilapia

Hari2 kaknab dan suami memancing kat sini, kadang2 pagi, kadang petang, kadang2 pagi dan petang, walaupun cuma parit tapi ikan tilapia kat sini boleh tahan besarnya. dalam 4-5 ekor sekilo. walapun besar2 itu, masa tarik naik best juga. melenting2 ikan, Sepatutnya hari ni plan nak mancing laut di telok bahang, tapi nak bawa mak pi ambik voucher BR1M rm500, tak dapat lah pi. Anak saja yang pi. bestnya, tak apalah, tak dapat mancing laut, mancing parit pun jadi lah, janji mancing..

suami sedang menunggu ikan makan umpan


ni lah ikan tilapia yang kaknab dan suami dapat.