Salam semua, hari ini kaknab, suami dan anak pi memancing kat telok bahang lagi. bersama kami 2 orang kawan anak kaknab, jadi 5 orang lah semuanya. kali ni kami tak hiking track Taman Negara, tapi naik boat untuk ke port mancing. Charge yang dikenakan rm30 pergi dan balik dari jeti telok bahang, tak berapa jauh sangat, tapi kalau nak jalan kaki mau tersemput juga. kalau naik boat tak sampai 10 minit pun, kami mendarat kat jeti USM sebab air surut banyak boat tidak dapat menghantar ke tepi sangat,
Kami sampai lebih kurang pukul 8.45 pagi. Mula2 memancing tak berapa jauh dengan jeti USM, tak sampai berapa minit ikan dah makan umpan, tapi asyik2 yang naik ikan lembu saja, Ikan lembu orang tak berapa suka sangat, jadi kami pun berpindah atas sikit, kat sini okay, puting damaq dan gurut2 sekali sekala saja baru dapat ikan lembu, itu pun besar2 juga, kalau nak ambik pun berbaloi juga.
Pukul 10.00 air dah mula nak pasang, mula2 memang ikan rancak makan, tengah hari mula slow sikit, kadang2 tak makan langsung. pukul 4.00 air naik penuh full. Bila air nak mula surut semula ikan mula rancak makan umpan, taut saja, sambar, tapi hari sudah petang kami dah nak balik, lagi pun hujan mula turun, anak kaknab panggil boat untuk menjemput kami ke jeti. Pukul 5.30 kami pun berangkat pulang.
sekian aktiviti memancing hari ini.
No comments:
Post a Comment