SELAMAT DATANG

Photobucket

Monday, February 25, 2013

kolam patin, rohu di perlis

Semalam kaknab dan suami pi tengok orang mancing air tawar kat kolam di perlis, tempatnya Bukit Cabang. Kami sampai dalam pukul 10 malam. sampai saja di sana, ada lori sedang menurunkan ikan ke dalam kolam, ikan yang mereka turunkan ialah patin, rohu dan tongsan. Ini lah pertama kali kaknab dan suami tengok orang mancing kolam berbayar.

Adik kepada biras kaknab mancing, yuran yang dikenakan 1 jam 10 ringgit kalau 2 jam 18 ringgit. dia ambik   2 jam. Umpan yang dia guna ialah dedak 929 dicampurkan dengan perisa pandan  di campur dengan sedikit air,. dia menggunakan spring bom untuk mengepal dedak Kat mata kail dia cucukan polyethene bulat2 kecil.

Tapi kan, walaupun ikan banyak dalam kolam, malam tu kami tunggu sampai pukul 2 pagi, sapa pun tak nampak tarik ikan, dekat nak nak balik baru nampak sorang tarik ikan keli 2.5 kilo. mungkin ikan dalam kolam pening pening lalat sebab baru diturunkan dengan papn gelongsor.

ikan patin sedang diturunkan ke kolam

ikan patin





ni lah size ikan rohu yang diturunkan laling kecik pun dalam 1 kg.

melompat2 ikan rohu

ikan rohu

sedang mengepal umpan ke bom spring

dedak 

umpan dah siap

menunggu dengan sabar

beginilah rod stand tepi kolam

Saturday, February 16, 2013

MEMANCING KAT TELOK BAHANG

Salam semua, hari ini kaknab, suami dan anak pi memancing kat telok  bahang lagi. bersama kami 2 orang kawan anak kaknab, jadi 5 orang lah semuanya. kali ni kami tak hiking track Taman Negara, tapi naik  boat untuk ke port mancing. Charge yang dikenakan rm30 pergi dan balik dari jeti telok bahang, tak berapa jauh sangat, tapi kalau nak jalan kaki mau tersemput juga. kalau naik boat tak sampai 10 minit pun, kami mendarat kat jeti USM sebab air surut banyak boat tidak dapat menghantar ke tepi sangat,

Kami sampai lebih kurang pukul 8.45 pagi. Mula2 memancing tak berapa jauh dengan jeti USM, tak sampai berapa minit ikan dah makan umpan, tapi asyik2 yang naik ikan lembu saja, Ikan lembu orang tak berapa suka sangat, jadi kami pun berpindah atas sikit, kat sini okay, puting damaq dan gurut2 sekali sekala saja baru dapat ikan lembu, itu pun besar2 juga, kalau nak ambik pun berbaloi juga.

Pukul 10.00 air dah mula nak pasang, mula2 memang ikan rancak makan, tengah hari mula slow sikit, kadang2 tak makan langsung. pukul 4.00 air naik penuh full. Bila air nak mula surut semula ikan mula rancak makan umpan, taut saja, sambar, tapi hari sudah petang kami dah nak balik, lagi pun hujan mula turun, anak kaknab panggil boat untuk menjemput kami ke jeti. Pukul 5.30 kami pun berangkat pulang.

sekian aktiviti memancing hari ini.



















Tuesday, February 12, 2013

ikan keli masa gulai tempoyak

Ikan keli yang cik abang kita mancing tu ada sekor lagi, 800 gm beratnya. jadi memang besar lagi kalau katam katam ikan tu. kaknab buat gulai tempoyak, bagii pedas kaw kaw punya. alamak memang sedap wei sapa yang tak makan rugi rugi, sebab ikan keli paling banyak omega 3.

Isi ikan keli bendang memang lembut dan manis, kena dengan serai, lengkuas dan halia, bagi bau dia terangkat sikit. jom kita makan gulai tempoyak keli.


Sunday, February 10, 2013

puyu


koleksi rod

Ini ialah sebahagian dari koleksi rod kaknab dan suami. kaknab punya tak banyak lah kalau compare dengan suami punya. hobby dia memang suka beli rod dan reel. Belakang kereta mesti ada rod spare mana tau kalau tersinggah kat mana2 boleh lah memancing.

Ni cik abang kita punya. dalam kereta ada lagi.

ni kaknab punya pula.

Dah banyak ikan puyu ku

Ikan puyu kalau pancing memang tak kumpau punya, kalau tak dapat banyak sikit pun mesti ada. kalau yang besar2 kaknab masak. Tak kira lah masak apa pun. yang kecik2 kaknab simpan dalam aquarium, kalau ada kawan2 minta nak bela kaknab bagi saja. Ikan puyu ni memang lasak, bela pun senang, tak payah pakai gas, makan pun senang apa pun depa balun hehehe. tapi kaknab selalu bagi makanan ikan, kadang2 kaknab bagi makan oats.




Saturday, February 9, 2013

IKAN TILAPIA LAGI

Ikan tilapia ni semalam yang dapat, tapi kaknab terlupa nak post. kaknab dan suami pi memancing kat parit biasa kat roundabout jusco, suami dapat 4 ekor tilapia, tapi kaknab kumpau hehehe. yang sekor tilapia tu besar juga dekat 300 gm, kira besar walaupun tak sampai sekilo, tapi itu yang terbesar so far yang pernah dapat kat parit tu, itu pun tarik power juga, kalau lah sekilo sekor lagi lah karan kan. apa pun memang enjoy mamancing kalau dapat ikan. kalau tak dapat pun tak kisah dok tunggu lagu tu lah pemancing tegar ni.


KELI BENDANG

Hari ni pi memancing dengan suami dekat parit PBA Perda, kaknab panggil parit PBA sebab dekat dengan flat quarters PBA, Sebab kaknab memancing banyak parit dan ban kat sini, so kaknab sendiri lah yang bagi nama, parit round about Jusco, parit PBA. parit KPJ, kolam MPSP. Suami kaknab dapat 2 ekor ikan keli yang satu 800 gm, yang lagi satu 400 gm. Ini ialah keli bunga atau keli bendang, walaupun besar sizenya kalau masak gulai isinya memang lembut dan manis. tapi walau sedap macam mana pun yang makan kaknab sorang saja huhu. yang lain tak minat pun. Apa pun kaknab masak juga gulai keli hari ni, ikan yang 400 gm tu yang buat gulai, yang 800 gm belum masak lagi, mungkin esok nak masak lemak cili api, pedas pedas kou kau.


Friday, February 1, 2013

umpan memancing

Kaknab memancing air tawar di parit2 dan tali air yang terdapat di Bukit Mertajam, kadang2 pi memancing di Ban Pecah Tanjung Piandang yang terdapat laut dan parit bersebelahan. Umpan yang kaknab guna seperti biasa cacing, cengkerik, udang kopek,