ikan yang dipancing pagi ni. |
saja je buka blog ni, nak update semua activiti keluarga iaitu memancing.
Wednesday, January 30, 2013
memancing parit
Kaknab dah balik memancing, sambil masak gulai ayam atas dapor sambil berblog. ikan puyu memang banyak dalam parit, kalau pakai bok mati, sembat ikan memang dapat banyak, tapi kaknab pakai rod, biar saja ikan betul2 cakok mata kail baru tarik, kalau sikit je, memang terlepas lah, banyak ekor juga yang terlepas, dapat yang kecik2 pula kaknab CNR. Kepala ikan haruan dok sua saja kat dalam parit tu, tapi kalau baling rod, dia lari. yang dapat puyu 10 ekor semuanya.
nak pi parit lagi pagi ni
kejap lagi kaknab nak mancing parit kat quarters PBA pula lama tak pi kat situ, dok layan tilapia kat parit jusco. Demgar kata ikan kat situ dah banyak balik, hari tu kaknab pi tak sentuh langsung, tu yang tukar port kat roundabout. lagi pun kat situ, bising dengan tractor, lori orang dok tambun tanah nak buat rumah sebelah parit tu. jum kaknab pi nanti balik memancing kaknab update lagi ok.
Tuesday, January 29, 2013
mancing parit selalu dapat ikan
Balik dari Port Dickson, kaknab gigih betul cari cacing untuk umpan mancing kat parit di perda. dah mancing kat laut PD sehari semalam 5 waktu, 2 ekor ikan tecik tonet je dapat. Kata suami mancing parit selalu je dapat, walaupun sekejap. semalam je pi mancing kat tempat biasa kat round about jusco, dapat 10 ekor ikan tilapia, besar2 pula kali ni, suami seronok sebab masa tariik tu walaupun cuma parit saja, tapi ikan tarik tu yang best.
tilapia pun ada banyak jenis |
Monday, January 21, 2013
jom report activity mancing
Hari ni. seperti biasa, kaknab memang pi mancing juga. Pagi dalam pukul 10.00, kaknab nak pi Jusco beli barang, tapi sebelum tu, kena singgah parit dulu mancing. sampai kat parit, kaknab terus taut rod, tak sampai 10 minit, ikan dah tarik, dia tarik jauh, hai ikan apa ni, jauh dia bawa kelampung, ingat haruan dah. tarik punya tarik rupanya tilapia. boleh tahan besaq juga. tengah dok buka ikan nak masuk dalam botol, rod yang lagi satu pun ikan dok tarik, tengok2 ada lagi seekor ikan tilapia, pun sama besar dengan yang mula tadi. Kira dalam 20 minit dapat 2 ekor, kira ok lah. tengok jam 10.30 pagi dah,. tunggu lagi sampai pukul 10.50, senyap je, ikan dah tak tarik lagi. memang takat ni saja rezeki hari ini 2 ekor ikan tilapia. Kaknab pun berhenti memancing, kayuh basikal terus pi jusco untuk beli barang sikit. Balik rumah kaknab timbang ikan tu 250 gm sama berat pula tu, mesti 2 beradik ni. kaknab siang, mula2 ingat nak masak sup dengan 2 ekor ikan haruan yang kaknab dapat kelmarin tu. pastu ubah fikiran kaknab garamkan saja, campur dengan tilapia, tangkapan tempoh hari yang kaknab simpan dalam peti ais. Banyak pula stock tilapia ni. nanti esok boleh kaknab gaul dengan serbuk untuk buat pekasam.
Saturday, January 19, 2013
ASYIK DAPAT IKAN TERURBUI SAJA
Monday, January 14, 2013
Sunday, January 13, 2013
Ikan nyok nyok 2 kilo.
Hari Sabtu, anak kaknab pi memancing kat pelantar sangkar ikan di Telok Bahang, mula2 kaknab pun nak pi juga, pastu mak kaknab nak mai, kaknab cancel, suami pun nak pi juga dengan anak, so nak pi dua beranak lah, tau tau suami pula kena operasi menjejak OKT yang lari tu tinggal 5 orang belum dapat lagi, dua dah kena tembak, Niaya sian suami tak dapat pi juga, Pagi tadi baru anak balik, banyak ikan gelama, gurut2, duri (ikan wajib) besar2 pula tu, dapat pula sekor ikan nyok nyok putih seberat 2 kilo. Bestnya, kalau lah kaknab dan suami boleh pi sama lagi lah best.
Thursday, January 10, 2013
memancing kat ban pecah tanjung piandang dapat kerapu
Ini ialah video masa kaknab dan keluarga p memancing kat tanjung piandang, masa tu ikan banyak, pari, tengkerong, senangin, ikan tanda senang2 je dapat, tapi la ni kat sana susah nak dapat ikan kalau memancing, mana ikan semua pi pun tak tau lah. selalu je kumpau
ikan tilapia punya hal
PURE PUNYA BAHASA PENANG, KALAU TAK PAHAM TAK DAK KAMUS NAK CHECK. BACA BANYAK KALI ULANG ULANG NOOOOOOOO.
Melalui pengalaman kaknab kalau memancing ikan tilapia, kalau ikan tu sentiasa dok teghapung menyedut udagha maknanya, depa tak makan umpan lah taut lah umpan apa depa buat dek je, kadang2 kaknab tunggu sampai 3 jam pun haram tak sentuh pun umpan kita, pada hal beghibu2 tilapia dalam paghit tu, tapi kalau depa sentiasa dok di bawah kita tak nampak langsung dalam paghit ke kolam ke, macam tak dak ikan, tapi banyak di dasar bawah, maka tiap kali taut je rod, sambaq tak menang tangan nak taghik, sat dapat, sat dapat. Tapi pula dah dapat banyak pening kepala pula nak masak apa dok pikiaq dah haghi2 dapat, cemuih pula, lagu tu oghang ni, kalau dapat banyak pun meghungut, kalau tak dapat pun meghungut, lumrah lumrah, la ni pi mancing parit, CNR lah, kalau mata kail sangkut banyak sampai cacat mulut dia, baghu bawa balik, kalau sikit sikit je, tak berjujaih mulut dia, lepaih balik, bagi depa hidup lama sikit.

Wednesday, January 9, 2013
PANTAI REMIS, SELANGOR
On the way balik dari rumah anak kaknab, dari Setia Alam, jalan lama melalui kelang, kaknab singgah di Pantai Remis, Selangor, selalu je tengok sign boardnya, hari tu singgah tengok apa ada di sana, cantik juga pantainya, berbatu, port elok juga untuk memancing, kebetulan ada seorang lelaki tengah memancing, pantai remis belum di terjah dengan pembangunan macam tanjung tokong, masih banyak khazanah laut, kerang, mentarang, remis, siput biji nangka, kupang masih banyak di sana, bahkan ada gerai yang jual semua ni, kebetulan kaknab nak beli mentarang, pompuan yang jual siput2 kat situ baru saja balik dari mencari mentarang, ada lah dalam 2 1/2 kilo, kaknab ambik semua, bukan senang nak dapat mentarang di penang, remis yang dia jual pun besar2, kaknab beli 1 kilo, siput belitung 2 kilo.
siput biji nangka |
Thursday, January 3, 2013
memancing di tanjung tokong
Oleh kerana, blog ni, hilang dan jumpa semula, jum kaknab update mancing kat tanjung tokong, penang. tapi lama dah, sebab blog ni blog mancing, kaknab takut nostalgia memancing hilang, kaknab abadikan dalam blog ni,
tanjung tokong, ialah tempat kaknab dibesarkan, sudah tentu penuh dengan nostalgia, kalau pi sana kaknab macam semut, jumpa sapa pun mesti tegur punya. seronok kan kalau kita pi tempat yang kita kenai satu kampung. tanjung tokong banyak berrubah, pantai dan lautnya pun banyak yang berubah, sekali air bah sekali pantai berrubah, di tanjung tokong ada bena satu benteng panjang sebagai benteng jika berlaku tsunami, pot memancing yang cantik, tetapi, nak naik kena tunggu air surut, nak turun balik pun kena tunggu air surut semula, memang lece, maknanya kena tunggu seharian, kena bawa bekal air dan makanan yang banyak kalau tidak kebuluran, kena bawa sejadah juga untuk sembahyang. jum kita tengok gambarnya.

Kalau tak memancing laut, memancing parit lah jawabnya, janji mancing, parit2 yang kaknab selalu pi dekat kawasan rumah kaknab lah, sebab perda asalnya bendang, masih ada lagi bendang yang belum di cerobohi lagi, maka banyak lah parit2, tali air di sini, penuh dengan kehidupan ikan air tawar, haruan, keli, tilapia, puyu, lampam dan sepat. mai kita tengok port port yang kaknab selalu memancing kat bukit mertajam
ni dekat sebelah quarters PBA, Perda |
yang kecik2 merah tu pelampung. |
parit kat roundabout jusco, ikan tilapia banyak di sini |
Wednesday, January 2, 2013
memancing di telok bahang
Rupanya, blog ni ada lagi, kaknab ingat dah hilang, pastu tak ingat id and password, cari punya cari jumpa, ni la blog yang mula2 kaknab buat, dengan email yang mula2 sekali, email to pun ada lagi, jadi bolehlah kaknab masuk balik bagi active,
so kaknab update actvity memancing di telok bahang masa kaknab p dengan husband dan anak pada hari chrismas baru baru ni.
Kami sampai di market telok bahang pada pukul 9.00 pagi, sebenarnya telok bahang tempat kaknab selalu p masa sekolah, ramai kawan2 kaknab yang satu sekolah di sekolah menengah tanjung bunga, tinggal di telok bahang, dulu tak dak sekolah lagi kat telok bahang, semua budak2 telok bahang sekolah di sekolah menengah tanjung bunga, kawan2 kaknab la ni ada yang dah pencen, kalau jumpa pun payah nak kenai sebab dah tua hehehe. dulu jalan hassan abbas mana ada market, rumah flat, yang kaknab ingat rumah murah nelayan ada kat situ, tapi semua rumah yang asai dah direnovate, sampai tak ada rupa yang original, semua rumah kat situ besaq2 dah, Taman negara pun dah buka kat situ, dulu kami p hiking muka head, naik bukit turun bukit, tak dak track yang cantik2 yang ada akaq akaq pokok tu lah kami buat tangga, kaknab dulu banyak kali juga p hiking muka head, maklum lah kami ni active, La ni, senang banyak, track cantik2 ada tangga, ada titi, ada jalan cement, cantik pula tu, kaknab ingat last kaknab p hiking muda head pada tahun 1978. siap naik sampai ke rumah api.

Subscribe to:
Posts (Atom)