Assalamalaikum semua, lama kaknab xpost apa2 kat sini. kaknab dah balik ke penang hampir 10 hari. tapi sebab sibuk dengan urusan rumah kat sungai lalang, bedong, kedah, xada masa nak pi memancing. xlama lagi kaknab akan pindah ke sungai lalang, rumah kaknab sendiri, sebab suami dah pencen. Mula2 nak dok kat Muar, sebab tu dah beli bot dan engine, lepas tu tukar plan pula, nak duduk rumah sendiri pula. tu la berulang masuk api, air itu, ini, sibuk memanjang.
Bila semua dah selesai, activity memancing tilapia kat perda pun bermula. mula lahi korek cacing nak buat umpan, kat rumah kaknab tak susah cari cacing, memang banyak, masa kat muar hari tu, nak dapat sekor pun susah, puas mencangkul. Kaknab, suami dan anak sulung mula memancing kelmarin, hari Sabtu, mula2 pi dapat 4 ekor, 2 ekor tlapia dan 2 ekor ikan puyu. tilapia habis dah makan, kaknab goreng. ikan puyu kaknab simpan dalam aquariam, sebab puyu tahan lama, xpayah gas pun boleh hidup, tilapia, sekejap je dah mati.
Hari ni pagi petang pi memancing, pagi dapat 15 ekor, yang kecil kaknab simpan untuk buat perkasam, yang besar dalam 150-250 gm atau lebih semua kaknab makan buat lauk. Hari ni kaknab masak tulai tempoyak ikan tilapia. sedapnya gulai tempoyak. ikan yang mancing petang pula, dapat besar2 150-200 gm banyak ekor juga. boleh lah buat lauk untuk esok. masak tilapia 3 rasa sedap juga kan.
saja je buka blog ni, nak update semua activiti keluarga iaitu memancing.
Sunday, September 15, 2013
Sunday, August 18, 2013
terkena duri ikan pedukang
tangan kaknab terkena duri ikan pedukang. bukan tercucuk duri tapi, duri terpotong tangan kaknab. duri ikan pedukang kan macam ada mata pandan.. kaknab terkena masa hendak membaling ke dalam sungai, tiba2 caaap durinya terkena tangan berdarah. ingat sikit kut, sekali tengok terpotong macam kena pisau. sakitnya nyut nyut. sampai tak boleh pasang umpan kat mata kail. kaknab ingat tak apa kut. tunggu sampai hilang sakit. sampai kaknab balik rumah pun masih sakit lagi. petang tengok tangan kaknab dah bengkak. ikan pedukang punya duri pun bisa juga seangkatann dengan ikan sembilang. hari ni 4 hari dah terkena duri, bengkak ada lagi sikit2. jangan buat main2 durin ikan ni.
luka dari dekat |
tangan yg bengkak |
ikan duri lagi
ni pula species ikan duri yg kaknab dpt masa memancing di sungai sabak aur, ikan duri ni mata besar, mulut mcm senyum saja, suami kaknab panggil duri senyum. badannya tinggi macan ikan seludu atau orang sini panggil mayung. kaknab dapat 5 ekor, xberapa besar, tapi bawa balik masak asam pedas. sedap isinya, lembut dan lemak. langsung tak hanyir.
Thursday, August 1, 2013
Memburu si sepit biru
Lama kaknab tak pi memancing naik boat. ada lah pi sat sat saja, memancing atas bot yang kena tambat. tapi tak dapat udang galah. ada lah sekali kaknab dapat anak sembilang. jad lah hilang gian pancing.
hari ni kaknab pi dengan husband, enjin bot pun lama tak start, takut nanti terlalu lama nanti payah nak start. tadi pun dia start dekat 10 kali. tu enjin baru tu, bukan second hand. kdg2 buat juga enjin sejuk kut, pagi2 kan.
kaknab keluar pukul 8 balik pukul 1.00 tngah hari. wlaupun tak berapa lumayan hasil pancingan hari ni, cuma 4 ekor udang galah, 1 ekor duri besar, yang kecil2 buang saja, 4 ekor ikan gelama. tapi yang best sekali kaknab dapat jengko biru, walaupun sekor saja, kira puas lah masa dia tarik tu. ni lah pertama kali kaknab dapat betul punya udang galah, selalu dok dapat, udang ibu, udang bujang, udang tadika hehehe.

best kan |
ni ikan yang kaknab dapat, nampak macam ikan lepu. entah betul ke, hodohnya ikan ni, tapi badan dia lembut, kaknab lepas je, nak pegang pun tak berani takut lepu. |
Monday, July 22, 2013
KAUM KERABAT IKAN DURI
Entah berapa banyaknya jenis ikan duri dalam laut dan sungai. Duri lebih dikenali ikan bermisai, mempunya 3 duri yang ada berbisa ada yang tidak. kaknab sendiri pun selalu dapat macam macam jenis, ada kepala besar, kepala kecil, kepala tajam, kolor kuning, putih, kelabu, berbelang.
Di sini kaknab rakamkan jenis2 duri
Di sini kaknab rakamkan jenis2 duri
duri putih atau duri pulut, badan gempal, kepala kecil dan pendek, memang sedap duri ni, isinya lembut antara duri yang sedap kaknab makan selain dari duri malim. |
pedukang duri yang selalu orang buang kalau dapat, tapi kaknab bawa balik kalau dapat yang besar, goreng atau masak asam oedas pun sedap. |
Sunday, July 21, 2013
memancing di bulan puasa
Friday, July 12, 2013
umpan cacing
Dah 5 hari kaknab kat Penang, hari Ahad ni balik lah ke Muar, Johor. Xlama kaknab di sini, seminggu saja. Masa yang singkat ni, kaknab menafaatkan dengan mencari cacing kat rumah kaknab, di sini, memang banyak cacing, gemuk2, kala kat Muar, nak dapt 10 ekor pun susah, tanah kat umah sana dah x subur lagi, cacing punxmzu hidup.
Cukup lah untuk stock 3 minggu, kaknab kenalah bela dan buat rumah untuk cacing2 ni, kalau habis kaknab kena beli kat kedai ikan rm4 satu bekas, itu pun selalu xsempat kat kita memanjang je habis dibeli orang, sebab, at sabak awor banyak kaki pancing udang galah. Cacing lebih murah dari umpun2 sampah, umpun sampah sstu bekas rm6. Dah lah mahal umpun2 ni mudah putus, dan cepat telucut dari mata kail, kalau cacing, liat sikit xmudah terlucut dari mata kail.
Yang bestnya cacing ni free xpayah keluar duit, free. Untuk umpan udang galah kaknab guna cacing, umpun2 atau anak udang. Anak udang kena sauk lah, tapi kadang2 anak udang xdak langsung, Kena sauk masa air betul2 surut. Kalau dah habis cacing, anak udang xdak, umpun2 lah jawabnya, mahal pun mahal lah, stock selalu ada, janji boleh pancing udang galah
Untuk bagi cacing tahan lama, selalu check dan buang yg dah mati, tanah dan kertas rendam perlu ditukar seminggu sekali. Jangan lupa beri makan cacing iaitu taburkan serbuk kopi yg sudah di guna atau kelapa goreng yang sudah ditumbuk halus. Cacing2 ini pun perlukan makanan juga seperti kita, kalau bubuh dalam bekas tanpa makanan lama2 dia akan kurus dan mati. cacing2 ini akan makan waktu malam.

Rumah cacing |
Yang putih tu kertas yg direndam dlm air dan dihancurkan |
Untuk bagi cacing tahan lama, selalu check dan buang yg dah mati, tanah dan kertas rendam perlu ditukar seminggu sekali. Jangan lupa beri makan cacing iaitu taburkan serbuk kopi yg sudah di guna atau kelapa goreng yang sudah ditumbuk halus. Cacing2 ini pun perlukan makanan juga seperti kita, kalau bubuh dalam bekas tanpa makanan lama2 dia akan kurus dan mati. cacing2 ini akan makan waktu malam.
Monday, July 8, 2013
Teknik memancing
Kaknab copy and paste petikan dari blog pancing oh pancing. Terima kasih pada tuan empunya blog yg tidak lokek membeRi petua kepada kita.
Teknik memancing
Untuk memastikan peluang yang baik, ketika air mulai pasang pemancing hendaklah melempar umpan sejauh yang mungkin kearah arus yang sedang bergerak ketepian pantai. Ketika air sudah mulai penuh hampir kepantai, pemancing hendaklah mengubah srategi dengan melempar umpan lebih dekat kepantai kerana ikan sudah mulai bergerak masuk kedalam kawasan pantai. Ketika air sedang pasang penuh, lemparan umpan hendaklah di lakukan dikawasan dimana terdapat kawasan berbatu ditepian pantai disebabkan ikan sudah mulai relax dan mencari makan dikawsan berbatu.
Aktiviti pemburuan dan pesta memakan umpan oleh ikan akan terhenti ketika air pasang sudah cukup penuh. Ianya akan bermula semula apabila air bergerak untuk kembali surut. Ketika air sudah penuh persiapkan lah umpan hidup yang terbaik. Apabila air menjadi tenang, sunyi dan tiada kelihatan sebarang arus bergerak itu menandakan yang air akan berubah untuk bergerak menjadi surut. Pada ketika lemparlah umpan hidup anda. Ini lah masa yang paling terbaik untuk anda memancing ikan pemangsa, disebabkan tabiat ikan pemangsa yang akan mengambil peluang membuat pemburuan terlebih dahulu sebelum anak-anak ikan tersedar dengan perubahan air ini. Malahan ikan -ikan pemangsa mempunyai banyak peluang menanti kedatangan ikan kecil yang berenang keluar kembali ketengah laut sewaktu air sedang surut.
Waktu - waktu terbaik untuk melemparkan umpan mencari ikan pemangsa ialah sewaktu air berbunga pasang ( anggaran 2 jam sebelum pasang penuh ), sewaktu air hendak berubah dari pasang ke surut dan sewaktu air sudah surut habis( anggaran 2 jam sesudah air mulai surut )
Thursday, July 4, 2013
memancing di togok bandar, muar johor
Hari ni, pi memancing dengan huband kat togok bandar, muar. Kaknab pertama kali memancing di tengah lautan, dengan sampan terumbang ambing di pukul ombak macam nak keluar isi perut,
pagi2 lagi kaknab siap masak, sebab ada mak mertua, anak kaknab dan bapa saudara suami, jadi kena masak dulu baru boleh pi memancing, lagi pun kaknab nak bawa bekal nasi. pukul 10 kami sampai di jeti, Air sedang menuju surut, puku 10 kami pun bertolak. Air laut nampak tenang, jadi tidak lah melambung lambung boat tu, apa pun kaknab dah makan 2 bji pil mabuk, maklumlah nilah pertama kali kaknab pi memancing ditengah lautan,
Lebih kurang 45 minit suami pecut boatnya, kami pun sampai di togok. oooh ini lah rupanya togok. tempat laluan ikan. Tanpa membuang masa, kaknab dan suami pun berlabuh masing2 punya rod. suami gunakan apolo jigging, dan berjaya menaikkan ikan pelata nipis. lama juga menunggu tidak ada respond lansung yang menunjukkan rod kami di usik oleh makluk2 dalam laut. suami jigging mula2 rancak juga, lepas tu sunyi sepi ikan tak sentuh lagi.
Kaknab sudah rasa tarikkan apabila tarik rod ikan duri putih, boleh tahan juga besarnya, karen juga tariknya. suami pula dapat buntal, asyik2 buntal. mancing sungai ada buntal, mancing pantai ada buntal, ingat mancing tengah tak adalah buntal, rupanya sama juga. kali ni tak gigit tali tapi lekat mata kail. Suami nak buang buntal tu, tapi kaknab nak bawa balik sebab nak tanam dlam tanah untuk mengawal anai2 yang banyak di rumah kami.

nk start engine |
ok steadylah bang |
tinggalkan muara, menuju ke laut |
ada lagi sampan, dari jauh nMPAK kecik je |
TOGK DAH KELIHATAN |
KAYU NIBONG BERCERAKAH |
APOLO JIGGING DAPAT IKA NI |
HASIL YANG TAK SEBERAPA |
Monday, July 1, 2013
jom update memancing di sungai sabak aur
Lama juga kaknab dan suami tidak pergi memancing, last kami memancing pada 25/6/13, Kami memancing di muara sungai, air pasang menuju ke surut, Kali ni, memang air masin habis sebab menuju ke laut terbuka. tapi entah nasib tak begitu baik, suami dapat 2 ekor ikan gelama, kaknab sekor pun tak dapat, memang ada rasa tarikan, tapi kaknab tak pandai sembat, kerana selama ni memancing pun kaknab tak pernah sembat, kalau ikan lekat betul2 rasa enjut kaknab terus karau reel,
kata suami, kalau tak sembat mampus sampai esok pun tak dapat ikan hahaha nasiblah, lebih kurang 3 jam, tidak begitu menggalakan, kami pun patah balik menuju ke sungai, kali ni, cuba mancing udang galah pula, debus juga. kaknab cuma dapat sekor ikan duri besar juga, masa tarik sampai bengkok rod, tapi RnR sebab dah jemu makan ikan duri.
Kami menuju ke hulu, mencuba nasib lagi, kalau2 ada tarikan udang galah sepit biru. hampa lagi, sampai parit lanjut pun tidak ada apa2 juga. suami bercadang balik semua ke jeti sabak aur, hujan renyai2 suami mengambil keputusan balik saja, sampai di jeti sabak aur, air surut habis kering, suami tidak dapat park perahu, lalu kami patah balik menuju ke jembatan kedua muar, di sini boleh berteduh kerana hujan, sambil memancing, kaknab dapat sekor duri agak besar juga. kami tunggu sehingga air pasang,
Kalau air lambat pasang kami terpaksa solat maghrib atas perahu, tapi hampir pukul 7 malam, air mula naik pasang, suami pun start engine terus menuju ke jeti, Di jeti air dah pasang sikit, suami pun boleh park perahu dengan senang, sehari suntuk dari 10 pagi hingga 7 malam, tapi debus hari tu, nasib tidak menyebelahi kami, kita cuma mancing suka2 apa hal nelayan2 kecil kalau macam ni, macam mana nak cari makan, kesian kan
.Mengapa tidak dapat langsung udang galah? sebab air sungai tersangat masin di sabak aur, menuju ke hulu air sedikit tawar, tapi air jernih sangat, udang galah tidak galak makan. i
kata suami, kalau tak sembat mampus sampai esok pun tak dapat ikan hahaha nasiblah, lebih kurang 3 jam, tidak begitu menggalakan, kami pun patah balik menuju ke sungai, kali ni, cuba mancing udang galah pula, debus juga. kaknab cuma dapat sekor ikan duri besar juga, masa tarik sampai bengkok rod, tapi RnR sebab dah jemu makan ikan duri.
Kami menuju ke hulu, mencuba nasib lagi, kalau2 ada tarikan udang galah sepit biru. hampa lagi, sampai parit lanjut pun tidak ada apa2 juga. suami bercadang balik semua ke jeti sabak aur, hujan renyai2 suami mengambil keputusan balik saja, sampai di jeti sabak aur, air surut habis kering, suami tidak dapat park perahu, lalu kami patah balik menuju ke jembatan kedua muar, di sini boleh berteduh kerana hujan, sambil memancing, kaknab dapat sekor duri agak besar juga. kami tunggu sehingga air pasang,
Kalau air lambat pasang kami terpaksa solat maghrib atas perahu, tapi hampir pukul 7 malam, air mula naik pasang, suami pun start engine terus menuju ke jeti, Di jeti air dah pasang sikit, suami pun boleh park perahu dengan senang, sehari suntuk dari 10 pagi hingga 7 malam, tapi debus hari tu, nasib tidak menyebelahi kami, kita cuma mancing suka2 apa hal nelayan2 kecil kalau macam ni, macam mana nak cari makan, kesian kan
memancing dimuara sungai nuar |
Wednesday, June 26, 2013
Keli dan sembilang
Memang susah nak kenal antara keli dan sembilang kalau sekali pandang. Tapi kalau belek betul memang mudah kenal.
Keli ada dua duri saja, sembilang ada tiga duri. Ekor sembilang lebih panjang meruncing kalau dibanding dgn keli.
Bagaimana dengan rasa pula? Isi sembilang lebih lembut dan sedap. Bagi kaknab kedua2 sedap tambah pula kalau di masak kari rempah homemade bertambah sedap
Ikan sembilang suami dapat, mancing dekat sabak aur, air sungai agak masin sikit. sembilang dan gelama memang boleh dapat kalau nasib baik. Ikan keli pula kaknab dapat, ini mancing atas menuju ke hulu, Parit Lanjut, air kat sini, dah tawar, ikan keli boleh dapat di sini.
Keli ada dua duri saja, sembilang ada tiga duri. Ekor sembilang lebih panjang meruncing kalau dibanding dgn keli.
Bagaimana dengan rasa pula? Isi sembilang lebih lembut dan sedap. Bagi kaknab kedua2 sedap tambah pula kalau di masak kari rempah homemade bertambah sedap
Thursday, June 20, 2013
DURI MALIM LA PULAK
Semalam pi memancing, pagi lagi dah bertolak, sebab airsungai kat sabak aur masin, jernih dan tidak berarus, kaknab dan suami menuju ke hulu, perderas terus ke parit lanjut, air di situ memang tawar, harap harap ada lah udang galah, tapi pancingan tidak begitu menggalakkan, yang dapat cuma 6 ekor udang galah bujang, besar juga, kaknab dapat sekor ikan keli, ingatkan sembilang, sekali tengok cuma 2 duri saja, sebab air tawar keli pun ada.
Suami beralih ke pancing ikan, sebab udang galah tak galak, mungkin air mati, atau air pasang kecil. dia baling ke tengah, yang dapat duri malim, amboi tarikan duri malim memang karen punya, dengan berumpaknan umpun2 satu demi satu sentapan dari duri malim. Kaknab pun dapat juga, memang sah lah di situ memang lubuk ikan malim, Parit lanjut, ni lah pertama kali kami sampai di situ. saja nak cuba2 udang galah, di hulu sungai.

duri malim yang dapat kuning nya, duri ni. |
besar besar duri malim ni. |
siap sedia nak bertolak, keadaan berrjerubu, sib baik sungai, kalau laut memang tak nampak lah |
malam terus masam asam pedas, tak sempat nak tunggu hari esok. ikan baru memang sedap |
Friday, June 14, 2013
udang galah dah mai dah
Hari ni kaknab mancing paling best, dapat banyak udang galah, kalau tidak memang debus, kalau dapat pun 3-4 ekor, tapi hari ni 30 ekor. tapi ikan gelama tak dapat pula, duri tu wajib mesti dapat punya. tapi hari ni, mancing dari pukul 10 pagi sampai pukul 3.30 ptg saja sebab umpan dah habis, lagi pun suami terlupa nak bawa jaring nak bubuh ikan atau udang yang dapat, kalau jaring tu letak dlm air ikan, udang tahan lama, tak mati.
Yang best hari ni, siap berbekal nasi lagi, boleh duduk sampai petang, apakan daya umpan habis. sayang kan, udang tengah galak makan. udang galah kat situ lebih suka umpun umpun.
Yang best hari ni, siap berbekal nasi lagi, boleh duduk sampai petang, apakan daya umpan habis. sayang kan, udang tengah galak makan. udang galah kat situ lebih suka umpun umpun.
Picnic atas sampan |
Subscribe to:
Posts (Atom)