SELAMAT DATANG

Photobucket

Monday, January 14, 2013

senyum selalu

Assalamualaikum, senyuman kaknab untuk semua.

SENYUM LAH SENYUMLAH AHAI CEK MEK MOLEK


Sunday, January 13, 2013

Ikan nyok nyok 2 kilo.

Hari Sabtu, anak kaknab pi memancing kat pelantar sangkar ikan di Telok Bahang, mula2 kaknab pun nak pi juga, pastu mak kaknab nak mai, kaknab cancel, suami pun nak pi juga dengan anak, so nak pi dua beranak lah, tau tau suami pula kena operasi menjejak OKT yang lari tu tinggal 5 orang belum dapat lagi, dua dah kena tembak, Niaya sian suami tak dapat pi juga, Pagi tadi baru anak balik, banyak ikan gelama, gurut2, duri (ikan wajib) besar2 pula tu, dapat pula sekor ikan nyok nyok putih seberat 2 kilo. Bestnya, kalau lah kaknab dan suami boleh pi sama lagi lah best.


Thursday, January 10, 2013

memancing kat ban pecah tanjung piandang dapat kerapu

Ini ialah video masa kaknab dan keluarga p memancing kat tanjung piandang, masa tu ikan banyak, pari, tengkerong, senangin, ikan tanda senang2 je dapat, tapi la ni kat sana susah nak dapat ikan kalau memancing, mana ikan semua pi pun tak tau lah. selalu je kumpau



ikan tilapia punya hal

PURE PUNYA BAHASA PENANG, KALAU TAK PAHAM TAK DAK KAMUS NAK CHECK. BACA BANYAK KALI ULANG ULANG  NOOOOOOOO.

Melalui pengalaman kaknab kalau memancing ikan tilapia, kalau ikan tu sentiasa dok teghapung menyedut udagha maknanya, depa tak makan umpan lah taut lah umpan apa depa buat dek je, kadang2 kaknab tunggu sampai 3 jam pun haram tak sentuh pun umpan kita, pada hal beghibu2 tilapia dalam paghit tu, tapi kalau depa sentiasa dok di bawah kita tak nampak langsung dalam paghit ke kolam ke, macam tak dak ikan, tapi banyak di dasar bawah, maka tiap kali taut je rod, sambaq tak menang tangan nak taghik, sat dapat, sat dapat. Tapi pula dah dapat banyak pening kepala pula nak masak apa dok pikiaq dah haghi2 dapat, cemuih pula, lagu tu oghang ni, kalau dapat banyak pun meghungut, kalau tak dapat pun meghungut, lumrah lumrah, la ni pi mancing parit, CNR lah, kalau mata kail sangkut banyak sampai cacat mulut dia, baghu bawa balik, kalau sikit sikit je, tak berjujaih mulut dia, lepaih balik, bagi depa hidup lama sikit.

Wednesday, January 9, 2013

PANTAI REMIS, SELANGOR

On the way balik dari rumah anak kaknab, dari Setia Alam, jalan lama melalui kelang, kaknab singgah di Pantai Remis, Selangor, selalu je tengok sign boardnya, hari tu singgah tengok apa ada di sana, cantik juga pantainya, berbatu, port elok juga untuk memancing, kebetulan ada seorang lelaki tengah memancing, pantai remis belum di terjah dengan pembangunan macam tanjung tokong, masih banyak khazanah laut, kerang, mentarang, remis, siput biji nangka, kupang masih banyak di sana, bahkan ada gerai yang jual semua ni, kebetulan kaknab nak beli mentarang, pompuan yang jual siput2 kat situ baru saja balik dari mencari mentarang, ada lah dalam 2 1/2 kilo, kaknab ambik semua, bukan senang nak dapat mentarang di penang, remis yang dia jual pun besar2, kaknab beli  1 kilo, siput belitung 2 kilo.



siput biji nangka







Thursday, January 3, 2013

memancing di tanjung tokong

Oleh kerana, blog ni, hilang dan jumpa semula, jum kaknab update mancing kat tanjung tokong, penang. tapi lama dah, sebab blog ni blog mancing, kaknab takut nostalgia memancing hilang, kaknab abadikan dalam blog ni,

tanjung tokong, ialah tempat kaknab dibesarkan, sudah tentu penuh dengan nostalgia, kalau pi sana kaknab macam semut, jumpa sapa pun mesti tegur punya. seronok kan kalau kita pi tempat yang kita kenai satu kampung. tanjung tokong banyak berrubah, pantai dan lautnya pun banyak yang berubah, sekali air bah sekali pantai berrubah, di tanjung tokong ada bena satu benteng  panjang sebagai benteng jika berlaku tsunami, pot memancing yang cantik, tetapi, nak naik kena tunggu air surut, nak turun balik pun kena tunggu air surut semula, memang lece, maknanya kena tunggu seharian, kena bawa bekal air dan makanan yang banyak kalau tidak kebuluran, kena bawa sejadah juga untuk sembahyang. jum kita tengok gambarnya.










memancing parit


Kalau tak memancing laut, memancing parit lah jawabnya, janji mancing, parit2 yang kaknab selalu pi dekat kawasan rumah kaknab lah, sebab perda asalnya bendang, masih ada lagi bendang yang belum di cerobohi lagi, maka banyak lah parit2, tali air di sini, penuh dengan kehidupan ikan air tawar, haruan, keli, tilapia, puyu, lampam dan sepat. mai kita tengok port port yang kaknab selalu memancing kat bukit mertajam





ni dekat sebelah quarters PBA, Perda


yang kecik2 merah tu pelampung.


parit kat roundabout jusco, ikan tilapia banyak di sini