SELAMAT DATANG

Photobucket

Tuesday, August 14, 2018

Mata kail tersangkut hidung


Hari ahad baru ni kaknab, suami dan dua anak lelaki pi mancing kat pulau betong, balik pulau. Lebih kurang sejam mancing, anak yang sorang baru dapat sekor gelama papan, besar juga.

Tiba tiba, suami cakap jom balik, hidung anak tersangkut mata kail.  Cuba cabut tak boleh. Kaknab nak ambil gambar anak tak bagi. Pi klinik, klinik pun tak berani nak cabut, dia suruh pi hospital, lalu anak pi hospital pantai.

Dia kena admit satu hari. Depa buse pengsan, buat pembedahan kecil, mata kail pun dapat dibuang.

Hari ni dalam sejarah, perambut memantul balik lalu mata kail tersangkut hidung kerana ring dekat rod terkeluar. Benda nak jadi malang tak berbau.


Dia tutup muka

Dah operate keluar mata ksil

Pemandangan di tempat mancing

Anak kaknab

 Dapat sekor ikan gelama besar juga