SELAMAT DATANG

Photobucket

Sunday, September 20, 2015

Mancing nampak ular sawa.

Masa kaknab dengan suami mancing tepi kolam banjir, tempat biasa, kolam banjir taman keladi, ada sekor anak ular sawa sedang tidor nyenyak atas pokok, sebelah tempat suami mancing.

Mula2 kami memang tak perasan pun ada ular tidor atas pokok. Datang soran india yang selalu haruan, mata dia memang tajam, dia yang nampak ular atas pokok, yang suami dok mancing sepagi dah tak nampak pun. Ular xberapa besar. Lebih kurang besar lengan kaknab.

Ulaq tidoq nyenyak

Pokok yang sebelah tu lah ulaq tidoq.

Saturday, September 12, 2015

Keli 3.2 kgs

Hari ni, suami dapat keli kampung 3.2 kgs. Mancing kat tempat biasa. Kali ni tak putus tali sebab suami sauk bila dah sampai tepi.

Balik kaknab siang, potong dapat 14 katam, mampuih kaknab sorang nak makan. Kaknab bakar 2 ketul, lagi 2 ketul bagi esok kaknab nak masak lemak cili api. Lagi 10 ketul, bagi abang kaknab.




Keli kan banyak omega 3. Sapa xlalu rugilah.

Thursday, September 3, 2015

Jom update activity memancing

Lama kan kaknab tak post dalam blog ni. Bukan xpergi memancing. Selalu juga pi, tapi selalu dapat ikan yang sama, boring lah nak cerita pun. Kaknab ada balik muar, me memancing udang galah pun memanjang debus. Mancing ikan pun memanjang tak dapat huhu.

Bila sungai petani, pi pula mancing port lama iaitu kolam banjir taman keladi. Tilapia tu memang species wajib. Suami ada dapat ikan keli. Yang sekor hampir 3 kilo. Suami xdapat naik sebab tali xberapa kuat. Belum sempat naik atas putus pula. Tak ada rezeki la nak bawa balik ikan keli besar. Yg bawa balik keli 500 gm dengan 400 gm saja.

Hari keesoknya mancing lagi, suami dapat keli paling besar 1700 gm. Ikan selat pun suami dapat dalam 500 gm. Kaknab dengan suami ikan selat xpernah dapat. Ini lah pertama kali. Kaknab goreng pun sodap

Hari ini pula khamis 3/9/15. Suami dapat 3 ekir keli lagi 1.3 kg, 1 kg, 600 gm. Jenuh juga kalau kaknab sorang nak makan.

Kaknab cuma dapat 3 ekor tilapia sama besar 250  tiap satu.
Hari ni bagi kat abang kaknab 2 ekor yang besar. Kaknab simpan yang kecik2 je untuk masak kari.



Ikan selat


1.7 kgs keli ni