SELAMAT DATANG

Photobucket

Friday, May 24, 2013

last day mancing di penang

mungkin hari ni last kaknab and husband pi mancing parit kat perda, port tilapia, sebab kaknab akan balik ke muar, johor. activiti memancing akan diteruskan di sana, iaitu mancing sungai sabak aur pula. Udang galah lah pula, lebih sebulan kaknab di penang, rindu mancing udang galah, tarikan udang galah yang lembut tapi mantop.

Pagi ni, kaknab pi mancing tilapia dapat 3 ekor, sekor 200 gm lagi 2 ekor 150 gm saja, Jadilah rezeki hari ini. Itu pun alhamdulillah, balik rumah kaknab terus siang, dan goreng. Memang sedap ikan tilapia kat parit ni, airnya yang bersih dan jernih, isinya ikan tilapia kat sini manis dan segar, tak rasa hanyir langsung, dan isi nya tak rasa tanah. nanti bila balik muar, kaknab miss lah ikan tilapia ni

nilah ikan tilapia goreng. sedap.

Wednesday, May 22, 2013

tilapia tilapia tilapia, ikan lain takdak ke?

Asyik asyik ikan tilapia, dah pi port tilapia, mana nak dapat ikan lain, kalau ada tilapia, ikan puyu mana berani masuk kawasan tu, ikan haruan ada lah, nasib saja kalau dapat umpan cacing, selalu husband dgn anakkaknab yang sulung guna casting, Ikan tilapia pun kalau mancing dok dapat memang lah best yang tak tahan tu, dok dapat cekenit cekenit, saja, nak bela, kena pakai gas, dia tak macam puyu, lempaq saja dalam bekas yang banyak air, hidup lah dia, tialapia ni, kalau dapat xdan balik rumah, dalam botol ada air pun dia tergolek mati, tapi kalau dapat yang besar2, memang semangat nak mancing lagi.

Semalam, kaknab dapat 2 ekor size 250 gm, boleh bawa balik buat lauk, yang kenit2 tok sah cakap lah, asyik asyik daapat je, masa nak buang balik, pesan kat depa, pi panggil mak bapa hang mai tau. hahahaha macam biul dok sembang dengan ikan. tulah gila bukan sebarang gila, tu lah gila pancing.


ni yang dapat semalam
suami dok pasang umpan, masa ni mancing pagi.

ni pula mancing petang, yang pakai topi tu suami lah, dia dok jauh sikit, boleh lah kaknab ambik gambaq dengan parit sekali

dok ambik gambaq husband saja lah, dah kaknab yang jadi camerawoman, gambaq kaknab memang jarang ada, huhuhu

Sunday, May 12, 2013

mancing tilapia

Hari ni baru dapat tilapia yang besar dalam 200 gm. dah lama tak rasa tarikan ikan tilapia sejak airnya penuh. tiap kali pi mancing dapat tilapia kanak2 saja. kelmarin pun dapat yang cekenit saja, tapi makan tak berhenti.

Tadi kaknab dapat sekor, suami dapat sekor. dapat pun tepi tepi parit saja, dekat dengan rumput rumpai, barangkali depa dok main kat situ, hampir sejam dok baling rod karau, baling karau, tengah parit, haram tak sentuh pun, kaknab pun letak tepi je sudahlah, sambil berehat, tau tau sambaq sekor, tarik power juga wpun tak berapa besar, lepas tu suami pula dapat sekor, lebih besar sikit dari yang kaknab dapat.

Ikan haruan 500 gm yang anak kaknab casting kat situ juga, pun belum masak lagi, kira esok masak haruan dengan tilapia lah nampaknya. kalau haruan masak sup pun sodap, ikan tilapia ni goreng pun sodap.


Tuesday, May 7, 2013

memancing parit memanjang kumpau

Kaknab sekarang berada di penang pula,balik penang sebab suami nak mengundi 30/4/2013, lepas tu nak hantar anak metrikulasi changlon, jadi akan berada di penang sebulan, jadi memancing kat parit lah jawabmya, tilapia atau haruan, tapi kebelakangan memanjang kumpau, sejak air Parit melimpah, tak surut surut, ikan pun tak dapat, yang dapat hanya tilapia kecil2 sebesar 2 jari, mana pergi mak mak dan bapa bapa, tok tok tilapia, jangan2 habis di jala bangla. Dah berapa kali pi memancing balik dengan tangan kosong, dapat yang kecik pun dilepaskan saja.

Dok terbayang tarikan udang galah di sungai Muar, nak tunggu 28/5/13 nak balik muar, rasa lambatnya hari berlalu. Nak memancing laut jauh sangat kalau dari Bukit Mertajam, kalau pi dapat,, best juga, kalau pi memanjang je kumpau, tu yang buat penat dan letih selalu.