SELAMAT DATANG

Photobucket

Sunday, October 2, 2022

ikan duri temening

 lama maknab tak masuk blog ni sebab lama tak memancing. tapi tak apa lah walau pun tak memancing, kalau ada info tentang ikan ikan yang maknab rasa boleh share maknab masuk dalam blog ni. tadi pagi maknab pi pasar tani kat sungai petani. maknab beli ikan duri. tapi tuan jual kata bukan ikan duri biasa ni iakan temening. tak tau eja macam mana, maknab main agak agak saja. 

ikan ni masih segar dok hidup lagi. kalau masak mesti sedap. maknab pun pilih 4 ekor, bila tanya sekilo rm15. ada harga ikan ni. balik rumah maknab ambik kepala maknab masuk dalam gulai. yang isi potong kecil2 maknab goreng. memang sedap ikan ni.  first time jumpa ikan ni dijual, first time juga makan. husband memang tak pandai makan ikan duri. tak kisah lah tu, maknab sorang makan je lah.



Wednesday, November 18, 2020

 Activity memancing terstop sekejep sebab lama tak memancing covid 19 pendemic

Tuesday, August 14, 2018

Mata kail tersangkut hidung


Hari ahad baru ni kaknab, suami dan dua anak lelaki pi mancing kat pulau betong, balik pulau. Lebih kurang sejam mancing, anak yang sorang baru dapat sekor gelama papan, besar juga.

Tiba tiba, suami cakap jom balik, hidung anak tersangkut mata kail.  Cuba cabut tak boleh. Kaknab nak ambil gambar anak tak bagi. Pi klinik, klinik pun tak berani nak cabut, dia suruh pi hospital, lalu anak pi hospital pantai.

Dia kena admit satu hari. Depa buse pengsan, buat pembedahan kecil, mata kail pun dapat dibuang.

Hari ni dalam sejarah, perambut memantul balik lalu mata kail tersangkut hidung kerana ring dekat rod terkeluar. Benda nak jadi malang tak berbau.


Dia tutup muka

Dah operate keluar mata ksil

Pemandangan di tempat mancing

Anak kaknab

 Dapat sekor ikan gelama besar juga

Monday, January 22, 2018

Anak mancing dapat siakap 2.5 kgs

Saja nak simpan cerita untuk kenangan,  supaya tidak lupa masa dan tarikh dia dapat ikan.

Ini anak kaknab yang bongsu,  kebetulan baru beli rod dan reel baru.  Beli pula reel yg atas tu,  konon mau resmi la mesin baru,  sekali dapat siakap 2.5 kgs.  Kami terkejut juga,  dia pun tak berapa mahir casting.  Rezeki juga la tu.  Port kat IJM gelugur ja.
Hari sabtu 20/1/18. Lesen 2018. Jadi tiga orang la anak lelaki kaknab semua ni kaki mancing juga.

Ni abangnya, anak ketiga kaknab
Posing dengan ikan adiknya



Thursday, October 5, 2017

cuba nasib belakang mesjid muar

Balik muo kali ni tak berapa enjoy fishing.  Dah 3 kali pi belakang mesjid tapi tak dapat ikan.  Mungkin air mati,  dan air muara tawar.  Dekat jeti bakar batu ramai sangat orang mancing udang galah  walaupun udang galah tak lah berapa banyak  tapi sebab yang post kat facebook  ramai yang turun mancing udang galah.  So tak ada ruang kosong nak letak rod kita
 Jadi pi juga la kat belakang mesjid muar. Ikan tak dapat kita selfie ja la hehe