SELAMAT DATANG

Photobucket

Friday, January 30, 2015

ikan apa entah

Kaknab mancing ikan dI kolam dapat ikan ni. Tak berapa besar panjang dalam 5 inci saja. Kata suami rupa macam ikan baung. Kata pula kawan yang selalu datang sembang tepi kolam ikan ni spesis kecik. Besar tu saja saiznya. Keturunan baung tapi lebih sedap dari baung. Lupa dah ikan apa entah dia sebut.

Kaknab bawa balik nak rasa. Banyak Kali dapat tapi selalu lepas balik.





Sunday, January 18, 2015

teknik pancing tilapia

Jom kaknab cerita teknik kaknab pancing  tilapia.

Kaknab selalu pancing menggunakan pelampung. Kadang2 saja pancing dasar.  Mancing guna pelampung banyak kelebihannya. Perambut memang guarantee tak sangkut dengan Sampah Sarap kat dasar kolam, sebab ia tergantung,  tak mencecah dasar kolam.  Perambut tak duduk di satu tempat, pelampung akan hanyut mengikut  arus air, walaupun mancing kolam is berarus juga kerana angin bertiup.

Bila pelampung hanyut ini membolehkan umpan dirembat tilapia. Kalau dasar kena tunggu, nasib lah kalau ada ikan banyak ditempat perambut yang landing kalau tak ada ikan situ membangau lah jawabnya.

Tetapi kalau pakai pelampung, kalau ada angin tali mainline akan hanyut jadi macam curve jadi kena  karau sikit2. Tang ni kena rajin. Kalau tak nanti tali sangkut kat pokok2 kat tepi kolam.

Macam mana pula nak buat supaya pelampung berat, boleh baling jauh tapi masih terapung. Kena lah pasang batu dIbawah pelampung.

Yang best guna pelampung masa ikan makan dan bawa lari pelampung akan terhenjut dan kalau tilapia 250 gm keatas pelampung akan tenggelam.

Yan ni boleh di adjust panjang pendek perambut
Yang ni tak boleh di adjust 
Macam ni lah di dalam air
Ikan yang dapat guna teknik pelampung
Semua pelampung mc gyver kat rumah yang modified that is my hubby. Pelampung tu kami beli kat pantai remis. Kira kilo. Murah harga dalam 20 sen sebiji.

Wednesday, January 14, 2015

calendar melayu untuk lihat air besar Dan air mati



Click gambar untuk view lebih jelas
Ini ialah kaknab copy and paste dari blog. Terima kasih kepada tuan punya kerana kongsi info.

Air mati berlaku dua kali dalam sebulan bulan melayu. Begitu juga dgn air besar. Air mati terjadi pd setiap suku bulan pertama setiap bulan; iaitu 7,8,9,10,&11 hb setiap bulan Hijrah & pada suku akhir bulan, ia itu 20,21,22,23&24 hb. Pada tarikh2 tersebut kita akan mendapati sifat2 air mati.
Air besar pula mempunyai sifat2 yg bertentangan dgn air mati. Perbezaan pasang surut sangat tinggi diantara empat ke enam meter. Arus sangat laju, air keruh berhampiran pantai pada masa air pasang & ombak sangat kuat terutama bila angin bertiup dr arah laut. Air besar berlaku pd akhir & awal bulan. Tempuh pertama ketika bulan penuh pada pertengahan bulan. Tarikhnya ialah 25,26,27,28,29,1,2,3,4,5&6 hb Hijrah. Tarikh kedua pula ialah 12,13,14,15,16,17,18&19 hb. Berdasarkan drpd keadaan air besar ini, amat sukar bagi kita utk memancing. Arus sangat laju & kita terpaksa menggunakan batu pemberat yg besar dan sukar pula utk melabuh sampan. Ombak besar bolih membahayakan kita. Air besar, ikan tidak dapat bergerak bebas. Lubuk2 yg dapat dipancing juga terbatas.