Bot yang ditempah bulan sudah akhirnya siap. Semalam dah mula resmi bot baru. memancing menyusuri sungai muar. Kaknab yang tak biasa naik bot, risau juga takut mabuk laut. dah lah tak tahu berenang, untuk keselematan, siap pakai jaket keselematan.
Kami memancing seharian, dari pukul 10 pagi hingga maghrib, kira solat 3 waktu di atas sampan, zohor, asar dan maghrib. dari tepi sungai hingga ke tiang jembatan kedua muar. tangkapan tak berapa memberangsangkan, kalau tak dapat udang galah, dapat lah ikan duri dan ikan gelama, suami dapat juga sekor anak sembilang.
Umpan yang digunakan ialah anak udang, suami kakab sauk udang di tepi2 sungai dekat dengan pokok2 nipah, memang banyak udang gantung untuk dibuat umpan. kalau nak beli mau beringgit juga. mahal juga umpan anak udang ni. kecik2 pula tu, tak fresh, kalau sauk sendiri, tergedik2 lagi udang masak di acu kat mata kail.
Hasil keseluruhan ialah, 5 ekor udang galah, 6 ekor ikan gelama, sekor ikan kurau misai, 10 ekor ikan duri, sekor anak sembilang, tapi oleh kerana ikan duri malim yang beli kat pasar pun belum masak lagi, suami suruh lepaskan saja semua ikan duri, CNR lah jawabnya.
Bila naik saja atas jeti, masa nak balik, kaknab rasa macam masih dalam perahu, bukan lah terhohong hayang, rasa macam dok goyang2 macam atas perahu. menurut suami, maknanya kaknab mabuk laut, wpun tak pening dan muntah, ada juga kemabukkannya.
Apa pun memang best memancing atas perahu,
|
dah siap untuk di bawa ke kuala parit karang untuk belayar |
|
baru nak start engine. lesen L |
|
relax nampak. sedang belayar |
|
dah dapat sepit biru, besar punya |
|
kaknab la ni, sapa lagi, macam ninja, tutup muka,. panaih lit lit |
|
sedang sauk udang umpan |