SELAMAT DATANG

Photobucket

Monday, July 22, 2013

KAUM KERABAT IKAN DURI

Entah berapa banyaknya jenis ikan duri dalam laut dan sungai. Duri lebih dikenali ikan bermisai, mempunya 3 duri yang ada berbisa ada yang tidak.  kaknab sendiri pun selalu dapat macam macam jenis, ada kepala besar, kepala kecil, kepala tajam, kolor kuning, putih, kelabu, berbelang.

Di sini kaknab rakamkan jenis2 duri

duri tongkang, kepala besar, kalau mancing memang tak miss mesti dapat punya, kata suami ikan ni hanyir selalu kami buang je, tapi satu hari kaknab ada bawa balik dan masak, sedap dan lembut, tak hanyir pun. info suami tak betul la tu.

duri putih atau duri pulut, badan gempal, kepala kecil dan pendek, memang sedap duri ni, isinya lembut  antara duri yang sedap kaknab makan selain dari duri malim.

duri malim, antara duri yang dicari pemancing, hanya terdapatn  ditengah sungai, selalu orang jaring, kalau dapat banyak memang bonos, sebab ia ada harga kat pasar. kolor kuning yang cantik mulut muncung kepala kecil, isinya lembut dan sedap, lebih lebh lagi kalau masak asam pedas memang uumph
pedukang duri yang selalu orang buang kalau dapat, tapi kaknab bawa balik kalau dapat yang besar, goreng atau masak asam oedas pun sedap.

ikan temekung juga dari keluarga duri, hanya terdapat dalam sungai air tawar atau payau, sizenya kecil saja, paling besar pun 5 inci dan lebar hanya 2 jari. kalau memancing tak sampai 5 second terus sambar umpan. kalau banyak memang pemancing kena pindah port. xdapat ikan lain melainkan temekung.. ikan ni kaknab selalu dapat masa memancing kat ban pecah tanjung piandang, tali air yang bersebelahan dengan laut.  

Sunday, July 21, 2013

memancing di bulan puasa

sekadar meluangkan masa pada hari puasa, pagi tak payah masask, balik memancing baru masak untuk berbuka. tak boleh mancing lama dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengahari saja. jom kita tengok gambar yang dirakam

asyik ikan duri saja

langit yang cerah





apabila joran lama tidak diusik, tidur lagi baik


ikan sesirat yang mula2 dapat

penantian dengan sabar
hasil yang memberangsngkan


walaupun tak banyak tapi xlah balik dengan tangan kosong

teritip buat rumah di sepit biru
hasil yang buat kita tak jemu jemu hendak ke sungai


Friday, July 12, 2013

umpan cacing

 Dah 5 hari kaknab kat Penang, hari Ahad ni balik lah ke Muar, Johor. Xlama kaknab di sini, seminggu saja. Masa yang singkat ni, kaknab menafaatkan dengan mencari cacing kat rumah kaknab, di sini, memang banyak cacing, gemuk2, kala kat Muar, nak dapt 10 ekor pun susah, tanah kat umah sana dah x subur lagi, cacing punxmzu hidup.

Cukup lah untuk stock 3 minggu, kaknab kenalah bela dan buat rumah untuk cacing2 ni, kalau habis kaknab kena beli kat kedai ikan rm4 satu bekas, itu pun selalu xsempat kat kita memanjang je habis dibeli orang, sebab, at sabak awor banyak kaki pancing udang galah. Cacing lebih murah dari umpun2 sampah, umpun sampah sstu bekas rm6. Dah lah mahal umpun2 ni mudah putus, dan cepat telucut dari mata kail, kalau cacing, liat sikit xmudah terlucut dari mata kail.

Yang bestnya cacing ni free xpayah keluar duit, free. Untuk umpan udang galah kaknab guna cacing, umpun2 atau anak udang. Anak udang kena sauk lah, tapi kadang2 anak udang xdak langsung, Kena sauk masa air betul2 surut. Kalau dah habis cacing, anak udang xdak, umpun2 lah jawabnya, mahal pun mahal lah, stock selalu ada, janji boleh pancing udang galah


Rumah cacing

Yang putih tu kertas yg direndam dlm air dan dihancurkan

Untuk bagi cacing tahan lama, selalu check dan buang yg dah mati,  tanah dan kertas rendam perlu ditukar seminggu sekali. Jangan lupa beri makan cacing iaitu taburkan serbuk kopi yg sudah di guna atau kelapa goreng yang sudah ditumbuk halus. Cacing2 ini pun perlukan makanan juga seperti kita, kalau bubuh dalam bekas tanpa makanan lama2 dia akan kurus dan mati. cacing2 ini akan makan waktu malam.


Monday, July 8, 2013

Teknik memancing





Kaknab copy and paste petikan dari blog pancing oh pancing. Terima kasih pada tuan empunya blog yg tidak lokek membeRi petua kepada kita.

Teknik memancing

Untuk memastikan peluang yang baik, ketika air mulai pasang pemancing hendaklah melempar umpan sejauh yang mungkin kearah arus yang sedang bergerak ketepian pantai. Ketika air sudah mulai penuh hampir kepantai, pemancing hendaklah mengubah srategi dengan melempar umpan lebih dekat kepantai kerana ikan sudah mulai bergerak masuk kedalam kawasan pantai. Ketika air sedang pasang penuh, lemparan umpan hendaklah di lakukan dikawasan dimana terdapat kawasan berbatu ditepian pantai disebabkan ikan sudah mulai relax dan mencari makan dikawsan berbatu.

Aktiviti pemburuan dan pesta memakan umpan oleh ikan akan terhenti ketika air pasang sudah cukup penuh. Ianya akan bermula semula apabila air bergerak untuk kembali surut. Ketika air sudah penuh persiapkan lah umpan hidup yang terbaik. Apabila air menjadi tenang, sunyi dan tiada kelihatan sebarang arus bergerak itu menandakan yang air akan berubah untuk bergerak menjadi surut. Pada ketika lemparlah umpan hidup anda. Ini lah masa yang paling terbaik untuk anda memancing ikan pemangsa, disebabkan tabiat ikan pemangsa yang akan mengambil peluang membuat pemburuan terlebih dahulu sebelum anak-anak ikan tersedar dengan perubahan air ini. Malahan ikan -ikan pemangsa mempunyai banyak peluang menanti kedatangan ikan kecil yang berenang keluar kembali ketengah laut sewaktu air sedang surut.

Waktu - waktu terbaik untuk melemparkan umpan mencari ikan pemangsa ialah sewaktu air berbunga pasang ( anggaran 2 jam sebelum pasang penuh ), sewaktu air hendak berubah dari pasang ke surut dan sewaktu air sudah surut habis( anggaran 2 jam sesudah air mulai surut )

Thursday, July 4, 2013

memancing di togok bandar, muar johor

Hari ni, pi memancing dengan huband kat togok bandar, muar. Kaknab pertama kali memancing di tengah lautan, dengan sampan terumbang ambing di pukul ombak macam nak keluar isi perut,


pagi2 lagi kaknab siap masak, sebab ada mak mertua, anak kaknab dan bapa saudara suami, jadi kena masak dulu baru boleh pi memancing, lagi pun kaknab nak bawa bekal nasi. pukul 10 kami sampai di jeti, Air sedang menuju surut, puku 10 kami pun bertolak. Air laut nampak tenang, jadi tidak lah melambung lambung boat tu, apa pun kaknab dah makan 2 bji pil mabuk, maklumlah nilah pertama kali kaknab pi memancing ditengah lautan,

Lebih kurang 45 minit suami pecut boatnya, kami pun sampai di togok. oooh ini lah rupanya togok. tempat laluan ikan. Tanpa membuang masa, kaknab dan suami pun berlabuh masing2 punya rod. suami gunakan apolo jigging, dan berjaya menaikkan ikan pelata nipis. lama juga menunggu tidak ada respond lansung yang menunjukkan rod kami di usik oleh makluk2 dalam laut. suami jigging mula2 rancak juga, lepas tu sunyi sepi ikan tak sentuh lagi.

Kaknab sudah rasa tarikkan apabila tarik rod ikan duri putih, boleh tahan juga besarnya, karen juga tariknya. suami pula dapat buntal, asyik2 buntal. mancing sungai ada buntal, mancing pantai ada buntal, ingat mancing tengah tak adalah buntal, rupanya sama juga. kali ni tak gigit tali tapi lekat mata kail. Suami nak buang buntal tu, tapi kaknab nak bawa balik sebab nak tanam dlam tanah untuk mengawal anai2 yang banyak di rumah kami.


nk start engine

ok steadylah bang

tinggalkan muara, menuju ke laut

ada lagi sampan, dari jauh nMPAK  kecik je

TOGK DAH KELIHATAN

KAYU NIBONG BERCERAKAH



APOLO JIGGING DAPAT IKA NI
HASIL YANG TAK SEBERAPA

Monday, July 1, 2013

jom update memancing di sungai sabak aur

Lama juga kaknab dan suami tidak pergi memancing, last kami memancing pada 25/6/13, Kami memancing di muara sungai, air pasang menuju ke surut, Kali ni, memang air masin habis sebab menuju ke laut terbuka. tapi entah nasib tak begitu baik, suami dapat 2 ekor ikan gelama, kaknab sekor pun tak dapat, memang ada rasa tarikan, tapi kaknab tak pandai sembat, kerana selama ni memancing pun kaknab tak pernah sembat, kalau ikan lekat betul2 rasa enjut kaknab terus karau reel,

kata suami, kalau tak sembat mampus sampai esok pun tak dapat ikan hahaha nasiblah, lebih kurang 3 jam, tidak begitu menggalakan, kami pun patah balik menuju ke sungai, kali ni, cuba mancing udang galah pula, debus juga. kaknab cuma dapat sekor ikan duri besar juga, masa tarik sampai bengkok rod, tapi RnR sebab dah jemu  makan ikan duri.

Kami menuju ke hulu, mencuba nasib lagi, kalau2 ada tarikan udang galah sepit biru. hampa lagi, sampai parit lanjut pun tidak ada apa2 juga. suami bercadang balik semua ke jeti sabak aur, hujan renyai2 suami mengambil keputusan balik saja, sampai di jeti sabak aur, air surut habis kering, suami tidak dapat park perahu, lalu kami patah balik menuju ke jembatan kedua muar, di sini boleh berteduh kerana hujan, sambil memancing, kaknab dapat sekor duri agak besar juga. kami tunggu sehingga air pasang,

Kalau air lambat pasang kami terpaksa solat maghrib atas perahu, tapi hampir pukul 7 malam, air mula naik pasang, suami pun start engine terus menuju ke jeti, Di jeti air dah pasang sikit, suami pun boleh park perahu dengan senang, sehari suntuk dari 10 pagi hingga 7 malam, tapi debus hari tu, nasib tidak menyebelahi kami, kita cuma mancing suka2 apa hal nelayan2 kecil kalau macam ni, macam mana nak cari makan, kesian kan

memancing dimuara sungai nuar
.Mengapa tidak dapat langsung udang galah? sebab air sungai tersangat masin di sabak aur, menuju ke hulu air sedikit tawar, tapi air jernih sangat, udang galah tidak galak makan. i