SELAMAT DATANG

Photobucket

Friday, October 30, 2009

kalaulah boleh memancing kat sini

kelmarin pi tanjung tokong, masa nak balik naik ferry, ambik gambaq ni, dekat pengkalan ferry. kalau lah boleh mancing kat sini bestnya.

Saturday, October 24, 2009

memancing lagi hari ni 24/10/09

hari ni pi lagi kat tanjung piandang dengan husband, tapi pi lambat, lepas zohor baru pi, sampai sana pukul 3.00 ptg beli udang kat pekan sg baru, udang fresh, harap harap ada rezeki, kenapa xade ramai orang memancing hari ni, sampai saja terus baling rod, tunggu punya tunggu, hampeh, lama juga nak dapat sekor gelama pun, patut lah xade orang memancing, persatuan ikan berpakat lagi jangan makan umpan w/pun udang fresh, yang dapat cuma gelama saja, itu pun husband potong buat umpan, kut kut dapat ikan besar, xade juga, seperti biasa kaknab ambik gambar pemandangan tanjung piandang , kebetulan dah dekat petang dalam pukul 6.30 gitu sampai lah 2 biji produa radio era kat situ, jom kita tengok gambar








Sunday, October 18, 2009

huhuhu tak dapat ikan pun

Hari Sabtu kelmarin pi memancing kat ban pecah, tempat selalu memancing, sampai pukul 9.00 pagi, apa lagi bubuh umpan baling rod, sampai pukul 12 sekor ikan pun xdapat, dari air surut sampai air naik pasang, husband dapat sekor gelama, dia potong buat umpan, harap harap dapatlah ikan besar, malang juga, kemudian pindah port, kut kut tempat lain ada rezek. sama juga hampeh, air naik penuh, kata husband tunggu lagi maybe air nak surut ikan makan umpan. tungulah, air pun perlahan perlahan surut, hingga air surut maximum, kaknab dapatlah sekor anak gelama, nasib dia baik kaknab lepas. pukul 5.00 ptg kami pun balik, bukan kami saja xdapat ikan yang lain ramai lagi xdapt ikan entah kenapa hari tu ikan posa, persatuan ikan dilaut mogok xnak makan umpan. hari ahad akan ada pertandingan memancing kat ban pecah,datuk najib akan datang meresminya, kalau keadaan macam kelmarin juga, penat baling rod lah nampaknya

Saturday, October 10, 2009

DAH MULA MEMANCING

hari ni dah mula memancing, pagi pagi pukul 10.00 dah bertolak dari rumah ke Tanjung Piandang, kaknab dengan husband saja pi, anak anak xmau ikut, sebab memancing siang panas lit lit. (ini orang utara kata) bagi kaknab xkisahlah panas janji dapat baling rod hihihihi.
banyak ni lah ikan yang kaknab denganhusband dapat. banyak ikan gelama tengkerong.








ni ialah ikan pertama yang kaknab dapat, ikan gelama tengkerong, besar juga. pemanas semangat ni.

Saturday, October 3, 2009

Musim ribut dan tsunami

sekarang musim ribut dan tsunami di persisiran pantai, gempa bumi di indonesia dijangka akan berlaku lagi, besar kemungkinan akan berlaku tsunami, malaysia tidak ketinggalan akan menerima tempias sama, so activity memancing bercuti untuk sementara waktu. Kita takut juga kalau tengah memancing tiba tiba ombak besar
datang mana nak lari, Kita tidak tahu bila akan berlaku, so elak dari pergi memancing.
hati ini memang berkobar kobar nak memancing tapi keadaan cuaca xmengizinkan. nostalgia tsunami 26/12/2004 takut berulang lagi. cerita pasal tsunami 26/12/2004,
kaknab dan keluaga ada pi berkelah pada 25/12/2004 di pantai batu feringgi, sehari sebelum belakunya tsunami, mula mula memang plan nak pi hari ahad 26/12/04, tapi anak kaknab herda, yang masa tu belajar kat metric changlun, kebetulan balik bercuti hari sabtu, kita cakap kat dia nak pi bekelah esok ahad, dia kata mana aci, pi berkelah, dia xboleh pi, sebab dia kena balik changlun, ahad, memang ada kelas, dia minta pi lah hari sabtu, ahad nanti dia balik lah ke changlun, siap minta kaknab telephone pensyarah dia xboleh balik ada hal. so kami pun tukar plan pi lah berkelah hari sabtu 25/12/04, siap pasang khemah tepi laut, satu hari suntuk di pantai, bukan kami anak beranak saja yang pi siap bawa anak2 jiran lagi. tau tau keesokkan hari nya, iaitu hari ahad 26/12/04 terjadi tsunami kat pantai pulau pinang, nasib baik kami semua xpi hari ahad, kalau tidak habislah semua jadi aruah, ini kerna anak kaknab herda minta tukar hari sebab dia nak join sama. itulah orang kata berpantang ajal sebelum maut (betul ke peibahasa ini, lupa dah), hanya Allah yang menentukan segalanya.

Friday, October 2, 2009

titi salwa telok kumbar

kat titi ni lah kaknab selalu pi memancing, dapat sembilang, gelama, duri. tempat ni memang selesa nak memancing, xada batu, kail dan ladong memang xsangkut punya, penat penat memancing boleh pula berbaring dan berehat.